☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 November 2024

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Pada Art Of Speed 2024 RXZ Twin Boss V2 yang dibina oleh FNG Works telah dipilih sebagai juara dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off. Oleh itu, dengan kemenangan tersebut, motsikal ini akan dipamerkan bersama-sama kenderaan kustom yang terbaik dari seluruh dunia di Jepun bersempena Yokohama Hot Rod Custom Show yang ke-23 untuk tahun 2024.

FNG Works dimiliki oleh anak tempatan yang bernama Mohamad Irwann Bin Mohd Azlan atau lebih dikenali sebagai Cheng di kalangan rakan-rakannya. Pemuda berusia 32 tahun ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam. Menurutnya, antara inspirasi binaan beliau adalah motosikal yang direka oleh Khalid 'The Rusty Factory', Omar Jumiran, Padin Musa, Hills Angels, Azizan Rahim dan Acid Welding. Manakala karya antarabangsa seperti Maxwell Hazan, Allen Millyard, Ed Roth, Arlen Ness dan Sure Hot.

Kisah Twin Boss V2 bermula pada Art Of Speed 2017 dengan jentera asal RXZ Twin Boss. RXZ Twin Boss V1 dikuasakan oleh dua enjin RXZ bersesaran 135cc tetapi dibentuk dengan satu enjin di hadapan yang lain yang disambungkan bersama crank melalui pemacu rantai. Jentera tersebut telah disiapkan yang diinspirasikan dnegan gaya motosikal 'Digger' dan juga merupakan hadiah cabutan bertuah di AOS2017.

Bersempena dengan AOS2024, Cheng telah membina RXZ Twin Boss V2 di mana jentera ini menggabungkan dua enjin Yamaha RXZ menjadi enjin dua silinder. "Sesetengah orang mungkin akan mengkategorikal jentera tersebut sebagai 'Board Tracker' dan 'Land Speed Racer', tetapi saya mulakan dengan dua enjin RXZ yang digabungkan menjadi satu," kata Cheng.

Art Of Speed Malaysia turut berbangga menaja penyertaan Cheng di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 dengan kos sebanyak RM60,000 termasuk proses penghantaran motosikal, penginapan, penerbangan, pengangkutan serta logistik. Pihak AOS juga akan membuat satu filem pendek untuk meraikan dan memperingati perjalanan RXZ Twin Boss V2 ke Yokohama, Jepun. Projek ini bakal menampilkan Cheng sebagai pembina kustom dari Ipoh bersama-sama Farid Nabawi, Pengarah Kreatif AOS. Manakala Hanif Sulhi yang merupakan pemenang Anugerah Siri Dokumentari Terbaik 2023, Fail Mahkamah TV3 akan menjadi pengarah filem pendek tersebut dan membawa bakatnya dalam penceritaan.

Filem pendek yang bertajuk "RXZ Balik Kampung: Dari Ipoh ke Yokohama" akan membawakan 6 episod dan tayangan perdana bakal disiarkan di semua platform media sosial AOS pada hari Khamis (25hb Disember 2024). Filem ini juga akan dihantar ke pelbagai Festival Filem Antarabangsa seperti Festival Filem Motosikal (Toronto, Kanada), VAHNA Motorcycles Film Festival (USA) dan Dubai Motorcycles Film Festival (Dubai).

Dengan adanya penyertaan dari Malaysia ke acara tersebut dapat menonjolkan lagi bagai rakyat tempatan di persada dunia yang menarik perhatian global keada industri kreatif Malaysia dalam bidang kustom.

"Kami amat berterima kasih kepada mereka yang Art Of Speed agar membolehkan kami membawa wakil Malaysia ke luar negara untuk mempamerkan bakat. Kami turut teruja kerana FNG Works menyertai acara berprestij ini dan berharap akan ada lebih ramai lagi yang akan mengikuti jejak mereka sebagai pembina kustom bertaraf dunia," kata Asep Ahmad, Pengarah Festival AOSM.

Pihak Art Of Speed juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KEJOS AUTOPROJECT sebagai sokongan logistik di Jepun untuk acara Yokohama Hod Rod Custom Show ke-23. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).