☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 November 2024

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

BALING: Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Tidak hanya di kampung itu, Shahidin Hamid yang kini sudah mencecah usia 82 tahun turut meronda bersama motosikalnya di kampung-kampung berhampiran bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin menjadikan kampung dan kariah masjid di situ menjadi lebih bersih dan cantik, lantas menawarkan diri mengutip sampah dari rumah ke rumah.

“Sejak mengajar di sekolah lagi saya memang minat de­ngan kerja-kerja sukarelawan dan sentiasa membantu apa sahaja aktiviti di sekolah dan luar sekolah tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Kerja-kerja sukarela ini mem­buatkan hidup saya berasa lebih gembira dan bersemangat apabila dapat berkhidmat untuk masyarakat,” katanya ketika ditemui semalam.

Ujar Shahidin, kebiasaannya penduduk mengumpul dan membungkus sampah termasuk botol kaca, tin, plastik dan sebagainya dengan rapi sebelum meletakkan di tepi jalan bagi memudahkan dia mengutipnya. RR

Sumber: http://www.utusan.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.