Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Disember 2024

Konvoi Motosikal Untuk Mencari Dana Bina Masjid

IPOH - Demi membantu mencari dana bagi menyiapkan Masjid Klebang Putra di sini, kira-kira 500 penunggang motosikal bersatu dalam program Ride 2 Juta yang dianjurkan pada Sabtu.

Idea asal yang dicetuskan oleh seorang pempengaruh YouTube, Fakhrul Amry dengan nama Projek Solo melalui kolaborasi konten bersama pasukan media Masjid Klebang Putra di TikTok, program tersebut berjaya menghimpunkan penunggang dari seluruh pelosok negara dalam usaha mengumpul dana RM2 juta untuk masjid tersebut.

Imam Masjid Klebang Putra, Muhamad Khalil Yaacob berkata, kos keseluruhan bagi pembinaan masjid tersebut dianggarkan bernilai RM4 juta dan sebahagian RM2 juta telah berjaya dikumpul manakala baki RM2 juta masih diperlukan bagi menyiapkannya menjelang pertengahan tahun depan.

Bekas pelumba negara, Tuan Haji Wazi 'memegang telefon'. Kredit foto: Sinar Harian.
Bekas pelumba negara, Tuan Haji Wazi 'memegang telefon'. Kredit foto: Sinar Harian.

Menurutnya, setelah berbincang dengan beberapa rakan yang merupakan pemimpin kelab permotoran, maka tercetuslah idea untuk mengadakan program tersebut dan sambutan yang diterima amat luar biasa.

"Ride 2 Juta ini membuktikan bahawa anak-anak muda yang meminati motosikal ini bukan seperti apa yang dianggap oleh sesetengah orang bahawa mereka ini mat rempit. Kita mahu ubah persepsi itu.

Muhamad Khalil berkata, pihaknya juga mempunyai visi untuk menjadikan Masjid Klebang Putra sebagai sebuah masjid mesra musafir yang boleh digunakan oleh orang ramai termasuk golongan peminat motosikal singgah apabila siap kelak.

Kredit: Sinar Harian.
Kredit: Sinar Harian.

Sementara itu, bagi pencipta kandungan untuk media sosial masjid berkenaan, Muhammad Sallehuddin Ali Akhbar, program tersebut mendapat sokongan daripada 10 kelab motosikal yang turut serta di dalam konvoi.

Jelasnya, program ini bukan sahaja berjaya dalam usaha mengumpul dana tetapi juga dalam memupuk rasa cinta terhadap masjid dalam kalangan komuniti penunggang motosikal.

"Acara ini menjadi simbol bagaimana golongan muda dan riders dapat digerakkan untuk menyokong pembangunan komuniti dan institusi agama.

Kredit: Sinar Harian.
Kredit: Sinar Harian.

"Melalui sokongan semua pihak, Masjid Klebang Putra bukan sahaja akan menjadi mercu tanda baharu untuk komuniti Chemor tetapi juga simbol kebersamaan ummah dalam membangunkan institusi yang memberi manfaat untuk generasi kini dan masa depan," katanya.

Konvoi besar-besaran ini bermula dari Petronas Bandar Meru Raya dan diiringi oleh pasukan polis dengan pelbagai jentera motosikal seperti Honda ADV, Harley Davidson, Husky 150, serta motosikal klasik menghiasi acara.

Turut serta dalam konvoi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri, dan legenda pelumba negara, Wazi Abdul Hamid yang sempat memberikan taklimat keselamatan sebelum konvoi bermula.

Sementara itu, orang ramai yang ingin terus menyumbang kepada pembinaan Masjid Klebang Putra boleh menyalurkan sumbangan ke akaun RHB Bank bernombor 258-244-0000-6573 atas nama Masjid Klebang Putra. RR

Kredit: https://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Dari Litar

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Dua pelumba Malaysia raih podium berganda di pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup.