☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Disember 2024

Kes Langgar Lari, Pemandu Mercedes GLE450 Sudah Ditahan!

PEMANDU Mercedes-Benz yang disyaki terlibat dalam kes langgar lari sebelum keretanya terbakar berdekatan sebuah plaza tol di ibu negara sudah ditahan polis.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Pemandu itu ditahan susulan kemalangan dengan seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SPE) berhampiran Plaza Tol Chan Sow Lin pada Ahad.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa, perintah reman ke atas pemandu itu dibuat pada Isnin.

"Siasatan awal mendapati motosikal itu yang berada di lorong kiri dilanggar kereta Mercedes GLE450 AMG Coupe yang dipandu lelaki tempatan berusia 34 tahun.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Pemandu itu tidak berhenti selepas kemalangan sebaliknya meneruskan pemanduan ke arah Wangsa Maju sebelum kenderaannya terbakar di KM 18.1 berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju.

"Permohonan reman ke atas pemandu kereta dibuat hari ini (Isnin) dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada Ahad lalu, tular video kemalangan antara sebuah Mercedes-Benz dengan motosikal Honda Vario 160 berwarna perak yang berlaku kira-kira pukul 12.35 tengah hari.

Ia menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke atas jalan dan cedera di bahagian kepala, muka, dan perut.

Video kemalangan itu tular di media sosial yang mana ia menunjukkan pemandu kereta tersebut melarikan diri dari lokasi kejadian.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Kemudiannya, muncul satu lagi video lain, memaparkan kereta Mercedes-Benz dengan nombor pendaftaran sama terbakar berdekatan plaza tol.

Difahamkan kereta Mercedes Benz itu musnah 100 peratus namun pemandunya selamat. RR

sumber: http://www.mstar.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.