☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Disember 2024

'Geng Bibi' Aktif Curi Motosikal Berjaya Ditumpaskan. Dalang seorang wanita berusia 30-an.

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 30-an dikenal pasti sebagai dalang kumpulan penjenayah 'Geng Bibi' yang aktif mencuri motosikal.

Kegiatan jenayah itu ditumpaskan selepas polis memberkas 11 individu dan merampas 10 motosikal, termasuk rangka kenderaan itu yang sudah dileraikan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata polis terlebih dahulu menahan wanita terbabit di kawasan Api-Api Centre, di sini, pada jam 10.30 malam 4 Disember lalu.

"Hasil soal siasat, wanita terbabit mendedahkan dua lagi suspek kegiatan mencuri motosikal, termasuk seorang warga Filipina dipercayai bertindak sebagai pencuri dan penjual motosikal curi.

"Polis kemudian menahan beberapa lagi suspek menjadikan kesemuanya 11 suspek yang terbabit kegiatan mencuri motosikal ini," katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Kasim berkata, semua suspek yang ditahan berperanan sebagai pencuri dan orang tengah, pembeli serta mekanik yang meleraikan komponen motosikal dan juga memalsukan nombor pendaftaran.

"Siasatan mendapati suspek utama, iaitu Bibi sudah lama bergiat aktif mencuri motosikal. Dia pernah ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara sebelum dibebaskan dan menjalankan kembali kegiatan jenayah itu.

"Pihak polis masih memburu seorang lagi rakan suspek yang masih bebas. Semua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya.

Menurutnya, hasil semakan terhadap 11 suspek yang ditahan mendapati lapan daripada mereka pernah terbabit dalam kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah di sekitar Kota Kinabalu.

"Polis yakin berjaya menyelesaikan tujuh kes curi motosikal di daerah Kota Kinabalu dan 11 kes di daerah-daerah luar termasuk Kinabatangan, Ranau, Beaufort dan Penampang," katanya. RR

sumber: http://www.bharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.