Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Julai 2024

Jom Ke Haikou China Bersama FKR Malaysia

Kali ini, FKR Malaysia membawa kesemua para pengedar yang meraih pencapaian tertinggi penjualan untuk ke Haikou, China bagi menghadiri Majlis Konvensyen Penganugerahan Pencapaian Terbaik bagi tahun 2023. Seramai 84 orang diterbangkan ke Haikou, China untuk menyertai trip konvensyen ini.

Haikou, China atau juga dikenali sebagai Bandar Kelapa ‘Coconut Town’ telah dipilih untuk menjadi lokasi konvensyen FKR Malaysia tahun ini. Sebab utama tempat ini dipilih adalah kerana cantik, keistimewaan dan sejarahnya yang tersendiri.

Pada hari pertama, tiba sahaja di Bandar Haikou, kesemua pengedar dibawa untuk makan malam sebelum ke hotel dan berehat untuk aktiviti keesokannya.

Hari kedua, bermulalah aktiviti melawat kawasan di sekitar Haikou. Kesemua tetamu dibawa sejauh lebih kurang 120 kilometer ke ‘Jade Belt Beach’ yang cukup luar biasa kerana ia mempunyai bahagian air lautan yang paling sempit tetapi terpanjang di satu bahagian dan terdapat air tawar di sebelah yang lain. Selain itu juga, rombongan dibawa ke ‘BFA Permanent Venue’ di mana tempat persidangan tetap untuk ahli politik bagi negara-negara Asean.

Selepas makan tengahari, lawatan diteruskan. Sempat juga singgah di ‘Haikou Arcaded Streets’ sebelum pulang ke bilik hotel masing-masing. Para pengedar diberi masa 2 jam di ‘Haikou Arcaded streets’ untuk membeli belah buah tangan dan juga untuk menikmati ‘street food’ di kawasan ini.

Hari ketiga pula, kesemua pengedar FKR dibawa ke akademi terawal iaitu Qiongtai Academy yang ditubuhkan di Haikou seawal tahun 1705. Qiongtai Academy dikatakan akademi tertinggi di Qiongshan, telah dipelihara dengan baik dan telah dijadikan sebagai Sekolah Latihan Perguruan Qiongshan.

Selepas itu, para pengedar FKR Malaysia dibawa ke ‘Movie Town Haikou.’ Ia adalah tempat utama bagi pembuat filem tempatan dan juga filem antarabangsa. Di sini banyak bangunan telah dibina mengikut filem yang diarahkan. Memang best di sini! Semuanya kelihatan cukup teruja.

Pada sebelah petang, bermulalah acara utama iaitu Majlis Konvensyen FKR Malaysia yang dilakukan di Hotel Baohua, Haikou. Kehadiran para tetamu jemputan yang mengenakan busana bergaya kelihatan anggun dan mewah.

Pada malam tersebut, seramai lima pengedar tayar motosikal FKR menerima ‘Platinum Award’ terdiri daripada A.L Liew Trading Sdn. Bhd, Heap Ghee Motors Sdn. Bhd, PG Lee Brothers Enterprise Sdn Bhd, Wai Sing Tyre Distributors Sdn Bhd dan Yes Distributor Sdn. Bhd.

Selebihnya iaitu seramai 29 pengedar tayar FKR dan lima pengedar kasut All America penerima ‘Top Achiever Award’ bagi tahun 2023. Tambahan dari itu, malam ini juga merupakan malam bermakna bagi Wai Sin Tyre Distributor Sdn Bhd yang menerima anugerah Platinum Award selama 10 tahun.

Malam konvensyen ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti karaoke bersama-sama pengedar. Makanan yang dihidangkan oleh pihak hotel cukup menyelerakan. Kira-kira pada pukul 10 malam, Majlis Konvensyen yang penuh bermakna itu telah melabuhkan tirai. Tahniah diucapkan buat para penerima anugerah.

Pada hari keempat, masing-masing nampak segar untuk meneruskan aktiviti berikutnya. Destinasi hari ini adalah ke Muzium Haikou dan juga dikenali sebagai ‘Volcano Cluster Global Geopark’. Sayangnya cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti mendaki.

Oleh itu, para pengedar FKR dibawa pergi ke pusat membeli belah yang terletak di bandar Haikou sebelum berangkat pulang ke Malaysia keesokan harinya.

Boleh dikatakan, sepanjang 5 hari 4 malam di Haikou, China, para pengedar cukup gembira dan berpuas hati dengan perjalanan pada tahun ini. Sudah pasti masing-masing teruja dan tertanya-tanya di mana pula lokasi tahun depan untuk menyambut Majlis Konvensyen 2024! RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Boon Siew Honda kini memeprkenalkan versi edisi khas ADV160 yang diinspirasikan daripada watak superhero ikonik Marvel iairu Spider-Man.

Warta Roda

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Advenduro-X merupakan perlumbaan sukan permotoran lasak yang mendapat pengiktirafan daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Warta Roda

Warna Baru Untuk Honda CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk model CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch.

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.