Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Mei 2019

Yamaha YZF-R25 Kini Berada Di Pasaran

Akhirnya Yamaha YZF-R25 2019 sudah tiba! Model baru ini masih mengekalkan spesifikasi enjin yang sama seperti model terdahulu iaitu 250cc, sistem penyejuk cecair, DOHC dengan kuasa maksimum 26.5kW pada 12,000rpm dan tork maksimum 22.6Nm pada 10,000rpm.

Berbanding model sebelum ini, YZF-R25 terbaru disempurnakan dengan saspensi hadapan jenis terbalik, rekabentuk hadapan lebih mantap - lengkap dengan corong kemasukan udara gaya Yamaha M1, tangki gaya baru, lampu-lampu LED dan panel meter digital. Model baru ini pastinya mendapat sambutan ramai dengan bar hendal yang dipertingkatkan untuk semua jenis tunggangan dan fairing hadapan serta cermin pengadang udara yang lebih aerodinamik.

Yamaha R25 2019 didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Merah, Biru dan ditawarkan pada harga RM19,998 (tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai jalan). Lebih menarik, dengan setiap pembelian R25 baru akan menerima pengunci cakera hadapan Yamaha jenis stainless steel yang bernilai RM100. Model ini kini boleh didapati di semua pusat pengedar Yamaha. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara dalam pusingan keepat CP150.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain varian standard, HLYM turut lancar model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R.

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900