☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Februari 2025

100 Pemilik Kawasaki Ninja ZX-6R Terima Motosikal Di SIC

Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memilih Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk mengadakan majlis penyerahan 100 buah jentera Kawasaki ZX-6R kepada para pemilik yang hadir dari seluruh negara. Dengan kehadiran 350 tetamu termasuk pengedar Kawasaki, peminat setia, dan wakil media, acara ini bukan sekadar sesi penyerahan motosikal biasa, malah dia ia adalah sebuah pesta 'berkelajuan tinggi!'

Mengetuai majlis penyerahan ialah Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, En. Yusaku Kashiwagi, dengan rasmi menyerahkan kunci kepada pemilik-pemilik baru jentera supersport tersebut. “Ini bukan sekadar penyerahan motosikal. Ini merupakan saat di mana Kawasaki memenuhi impian peminatnya yang inginkan prestasi dan adrenalin. Ninja ZX-6R telah direka untuk mereka yang menyintai prestasi dan kelajuan, dan hari ini, pelanggan kami dapat merasai sendiri pengalaman tersebut di litar lagenda, Sepang,” kata Kashiwagi.

Para pemilik ZX-6R turut diberi peluang untuk berkonvoi di dalam litar untuk 2 lap dan ia adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Ya... Sambutan terhadap Kawasaki Ninja ZX-6R sangat luar biasa. Ketika kempen pra-tempahan dilancarkan pada November 2024 lalu, MODENAS pada asalnya menyasarkan hanya 50 unit. Namun, disebabkan permintaan yang begitu tinggi, jumlahnya digandakan kepada 100 unit – sekali gus menghabiskan jualan bagi dua kumpulan pertama dalam masa yang singkat!

MODENAS menawarkan model terbaharu 2024 ini pada harga luar biasa RM59,900, jauh lebih rendah daripada harga asal model 2018 yang terdahulu iaitu RM79,900! Penurunan harga ini dapat direalisasikan kerana ia kini dipasang di kilang MODENAS di Gurun, Kedah.

Kawasaki ZX-6R didatangkan dengan enjin bersesaran 636cc, 4 silinder sebaris, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mematuhi piawaian Euro 5. Oleh itu, enjinya mampu menghasilkan kuasa maksimum 124PS (129PS dengan Ram Air) pada 13,000rpm dan tork 69.0Nm pada 10,800rpm.

Ciri-ciri menarik:

  • 4 mod tunggangan seperti Sport, Road, Rain dan Rider
  • Panel meter TFT 4.3 inci yang baharu.
  • Sistem ABS
  • Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake (KIBS)
  • Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (Upshift sahaja)
  • Assit & Slipper Clutch.

              

RR juga sempat menunggang uji model ini untuk tiga lap dan dalam masa yang singkat itu, kami dapat menikmati hantaran kuasanya yang mantap, brek-brek yang cemerlang, posisi menunggang yang tidak begitu memenatkan. Namun begitu, terdapat tiga perkara yang tidak begitu digemari iaitu sistem Quick Shifter (lebih baik dua hala up/down), Euro 5 menyebabkan bunyi yang terlalu lembut dan rekabentuknya yang tidak begitu garang.

Kepada rakan-rakan, RR akan kongsikan maklumat lebih lanjut mengenai model ini sebaik sahaja pihak Modenas menyediakan unit 'tesride'. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).