☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Februari 2025

Rimba Raid X 2025 Perkenal 2 Kelas Baru Untuk ADV Kapcai dan ADV Skuter

Bagi para peminat sukan motosikal lasak dan motocross khususnya di Malaysia dan negara-negara berdekatan, perlumbaan lasak Rimba Raid tidak perlu lagi diperkenalkan. Lebih istiewa, edisi 2025 merupakan sambutan Ulang Tahun ke-10 Rimba Raid dan sekali lagi akan dianjurkan di Warisan Arkeologi UNESCO Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan pada 28-29 Jun 2025 ini.

RImba Raid X 2025 akan memperkenalkan 2 kelas baru iaitu Kelas D (ADV Kapcai) dan Kelas E (ADV Skuter). Saingan untuk kedua-dua kelas ini akan diadakan di kawasan Litar Prolog Lenggong Valley.

Yamaha PG-1.
Yamaha PG-1.

Antara model-model motosikal yang boleh menyertai Kelas D (ADV Kapcai) terdiri daripada Yamaha PG-1, Honda CT125, Honda Gorilla/Monkey, Honda Grom, Aveta Ranger dan kapcai tanpa klac bawah 135cc (4 lejang). Perhatian: senarai motosikal perlumbaan ini akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Aveta Ranger Max Explorer.
Aveta Ranger Max Explorer.

Untuk Kelas E pula, model skuter yang boleh memberi cabaran ialah Honda ADV150/160, Honda ADV350, SYM Husky 150/300, SYM XDVT, WMoto XDV250, Yamaha XMAX, Zontes 368G dan MODA. Perhatian: senarai motosikal perlumbaan ini akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Honda ADV160.
Honda ADV160.

Zontes 368G.
Zontes 368G.

Dijadualkan tarikh perlumbaan adalah pada 28 Jun 2025 dan tempoh perlumbaan dijangka di antara 45 hingga 60 minit. Untuk pendaftaran dan maklumat lebih tepat, sila layari http://www.facebook.com/RimbaRaidAdv. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).