☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Februari 2025

Suzuki GSX-R150 Tampil Dengan Warna Baru - Harga Asas RM13,888

Suzuki Malaysia telah mengumumkan kehadiran warna baru bagi model GSX-R150. Jentera berasaskan DNA GSX-R yang direka untuk kepantasan dan kepuasan menunggang kini tersedia dalam warna Titan Black.

Model ini didatangkan dengan enjin bersesaran 147cc, silinder tunggal, DOHC dan 4-lejang. Jentera yang hadir dengan kotak gear 6-kelajuan ini menawarkan hantaran kuasa maksimum 14.1kW pada 10,500rpm dan tork 14.0Nm pada 9,000rpm.

Antara kelengkapan lain yang ada adalah sistem kunci pintar, panel meter digital, lampu-lampu LED, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, brek-brek cakera, tangki bahan api 11 liter, berat 131kg dan tinggi pelana 785mm.

Sementara itu bagi warna Pearl Brilliant White telahpun tersedia pada awal tahun. Kedua-dua warna ini sudah pun berada di pusat pengedar Suzuki yang sah dengan harga asas bermula RM13,888 (pendaftaran, cukai jalan & insurans). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).