☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 April 2025

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Menurut laporan yang dipaparkan oleh http://www.sinarharian.com.my, seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian muka dan kepala.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa menunju ke Farlim dari arah Bayan Lepas.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas bongkah batu seberat 50 kilogram (kg) dan bersaiz 0.5 meter ini terjatuh dari lereng bukit sebelah kiri.

"Bongkah batu itu kemudiannya dipercayai terkena kepala mangsa. Akibat impak tersebut, mangsa kemudian terjatuh di atas jalan raya manakala motosikalnya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi sebelah kiri," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, tambahnya. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.