☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 April 2025

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, telah melancarkan Modenas Elegan EX facelift yang tampil dengan pengalaman tunggangan yang lebih premium melalui rekaan estetika yang diperbaharui serta ciri-ciri moden terkini. Ditawarkan pada harga RM17,780, model ru ini kini boleh didapati di semua bilik pameran pengedar sah MODENAS di seluruh negara.

Kenyataan daripada Roslan Roskan, CEO MODENAS “Elegan EX sememangnya telah lama menjadi pilihan penunggang yang mementingkan keselesaan, praktikaliti dan prestasi. Versi baharu ini tampil lebih menarik dengan rekaan kontemporari dan penambahbaikan dari segi fungsi – memastikan pelanggan kami terus menikmati pengalaman tunggangan yang premium.”

Skuter ini disempurnakan dengan enjin 249cc, SOHC, penyejukan cecair yang berkuasa 22.4hp pada 7,000rpm dan tork 22.4Nm pada 6,500rpm. Dengan tenaga yang padu ini, pecutan semestinya lancar dan responsif. Transmisi CVT membolehkan pergerakan cukup selesa dan ia adalah antara jentera pilihan, menjadikannya untuk perjalanan dalam bandar mahupun di lebuhraya.

Untuk pergerakan yang stabil, Elegan ini turut dilengkapi dengan brek jenis cakera di depan dan belakang yang disertakan juga sistem ABS. Sistem saspensi hadapan jenis teleskopik serta penyerap hentak berkembar di belakang pula meningkatkan kestabilan dan keselesaan ketika menunggang. Elegan EX 'Facelift' kini hadir dengan dua pilihan warna premium baharu iaitu Deep Blue dan Plain Grey.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Cermin Pengadang Angin lebih sporty - Menambah baik aspek aerodinamik dan penampilan)
  • Lampu Isyarat Hadapan LED - Meningkatkan tahap keterlihatan dan kecekapan tenaga.
  • Warna Premium Baharu – Menyerlahkan gaya dan kehadirannya ketika berada di jalan raya.
  • Logo MODENAS juga dikemas Kini – Penjenamaan baharu pada beberapa komponen utama seperti skrin pengadang angin, penutup pemegang, fender belakang,
  • meter kelajuan dan kunci pencucuhan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi MODENAS di http://www.modenas.my, hubungi Talian Khidmat Pelanggan MODENAS di 1-800-880-181. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.