Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Mac 2018

Honda Impian X: Konsep Ruang Pameran Baru Pertama Di Malaysia

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah memperkenalkan pusat jualan berkonsep iaitu Honda Impian X pertama di Johor, Malaysia. Majlis pelancaran telah diadakan pada 21hb Januari lalu. Pusat jualan dan perkhidmatan sehenti tersebut memaparkan rekaan terkini yang menawarkan model-model motosikal Honda berkapasiti di bawah 300cc dan dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan bertujuan menyokong permintaan yang kian bertambah.

Dari kiri : Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, En. Nobuhide Nagata, Datuk Jason S.H. Teoh, En. Ker Sie Lian & En. David Ker bersama isteri.
Dari kiri : Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, En. Nobuhide Nagata, Datuk Jason S.H. Teoh, En. Ker Sie Lian & En. David Ker bersama isteri.

Honda Impian X berkeluasan 2,447 kaki persegi direka khusus dan dilengkapi dengan kemudahan gaya moden seperti Wi-Fi percuma, ruang menunggu yang menyajikan makanan dan minuman ringan. Di sini turut disediakan peralatan yang lengkap dan teknologi terkini yang dikendalikan oleh mekanik terlatih yang menggunakan alat ganti tulen. BSH juga turut mempertingkatkan perkhidmatan selepas jualan dengan memperkukuhkan prosedur standard perkhidmatan bengkel.

Selain itu, Honda Impian X komited dalam menyediakan khidmat Pre Delivery Safety Advice (PDSA) kepada semua pelanggan yang membuat pembelian motosikal baru. Para pelanggan akan dididik tentang langkah-langkah keselamatan jalan raya oleh jurulatih keselamatan di pusat ini semasa proses penyerahan motosikal mereka.

“Dengan pelancaran Honda Impian X, BSH menjangkakan peningkatan jualan sebanyak 21% dalam tempoh 12 bulan yang akan datang. Kami juga merancang untuk membuka 10 lagi pusat Honda Impian X di seluruh negara menjelang akhir 2018,” kata Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif BSH, En. Nobuhide Nagata.

Pusat Honda Impian X ini dikendalikan oleh Swee Seng Heng Motor Sdn Bhd yang merupakan pengedar sah motosikal Honda sejak 1990 di Johor. “Sebagai pengedar sah sejak 25 tahun lalu, saya amat berbangga dilantik sebagai pengedar Honda Impian X. Ruang pameran yang unik ini telah menarik perhatian pelanggan baru mahupun sedia ada. Dengan sokongan dari BSH, saya rasa yakin dan menantikan kejayaan masa depan pusat jualan ini,” kata En. David Ker, Pengarah Urusan SSHM.

Untuk meriahkan lagi majlis pelancaran pada hari tersebut, pelbagai persembahan diadakan seperti buskers, kompang dan tarian singa. Terdapat juga acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah untuk para pengunjung yang hadir. Paling mengujakan apabila pemenang utama acara cabutan bertuah ini berjaya membawa pulang baucer bernilai RM1,888 dan baucer berharga RM888 untuk pemenang kedua. Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan autograph daripada Khairul Idham Pawi (pelumba Moto2 Negara) dan Zaqhwan Zaidi (pelumba pasukan Honda dalam saingan Cub Prix dan ARRC) yang turut hadir pada majlis tersebut.

Untuk membuat tempahan atau mendapatkan lebih maklumat berkenaan kemudahan dan perkhidmatan Honda Impian X, pelanggan boleh menghubungi Swee Seng Heng Motor Sdn Bhd di talian 07-5300595 / 07-5300596 atau berkunjung ke alamat No: 29 & 31, Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis, 81550 Gelang Patah, Johor. RR

Isu Pada

Mac 2018

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Pandu Uji

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda 'Africa Twin' memperoleh reputasinya bermula pada tahun 1980-an apabila syarikat pengeluar motosikal dari Jepun ini membuat keputusan untuk sertai perlumbaan lasak, Rally Paris-Dakar.

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.