☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Ogos 2025

QJMOTOR dan Italjet Bekerjasama Hasilkan Super Skuter 700cc!

QJMOTOR dengan rasminya mengumumkan model super skuter terbaru iaitu QJ700-8K yang bakal menemui para peminat dunia skuter seawal-awalnya pada tahun ini. Kemunculan skuter maksi ini adalah hasil kolaborasi di antara QJMOTOR dan jenama dari Itali iaitu Italjet.

Model yang bakal memberi cabaran baru pasaran skuter maksi ini menawarkan rekabentuk yang hampir sama dengan Italjet Dragster 700 Twin yang menyatakan ia sebuah ciptaan 'Crossover fusion on racing and scooter'.

QJ700-8K disempurnakan dengan enjin 693cc, silinder-berkembar (inline), sistem sejukan cecair yang berkuasa 75hp dan tork 68.2Nm - ya, paling berkuasa untuk segmen skuter setakat ini. Model ini juga hadir dengan sistem transmisi 6-kelajuan, tidak menggunakan sistem CVT dan dikatakan mampu memecut sehingga 200km/j.

Super skuter ini hadir dengan tayar hadapan bersaiz 120/70R15 dan 160/60R15 di belakang yang dipadankan dengan brek cakera jenis Brembo + sistem ABS. QJ700-8K juga bakal menawarkan sistem saspensi jenis (depan dan belakang) Marzocchi.  Saiz keseluruhan: panjang 2,110mm, lebar 900mm, tinggi 1,215mm dengan tapak roda bersaiz 1,550mm. RR

sumber: http://chinamotorworld.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).