☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 September 2025

BMW R 1300 GS Kini Ditawarkan Ciri Baru Dalam Varian Triple Black & GS Trophy

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan ciri baharu pada BMW R 1300 GS yang kini ditawarkan dalam varian Triple Black dan GS Trophy. Kedua-dua varian itu dilengkapkan dengan teknologi saspensi elektronik Adaptive Height Control.

Model yang dipertontonkan buat pertama kali di Malaysia Autoshow 2024 telah menentapkan penanda aras baru BMW Motorrad dalam dunia Adventure terutamanya dari segi prestasi, kestabilan dan keselesaan. Oleh itu, dengan adanya ciri baru iaitu Adaptive Height Control, menjadikan jentera ini lebih mesra penunggang dan posisi tunggangan lebih ergonomik.

Sistem ini akan berfunsgi secara automatik di mana apabila R 1300 GS berhenti atau bergerak secara perlahan, ketinggian jentera akan direndahkan supaya penunggang dapat mencecah kedua-dua kaki di permukaan jalan dengan mudah sekali. Semasa dalam kelajuan tinggi casis akan dinaikkan semula kepada ketinggian standard agar jentera dalam keadaan stabil. Dengan adanya ciri ini dapat meningkatkan lagi keselesaan dan keselamatan buat para penunggang.

BMW R 1300 GS ditawarkan pada harga asas bermula RM140,500 ( termasuk Program Jaminan Tiga Tahun dan Bantuan Tepi Jalan Tiga Tahun BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans). Dengan pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pembelian jentera serba baru ini bermula RM1,968 sebulan.  Anggaran ini adalah berdasarkan skim Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman 90% untuk tempoh tujuh tahun.

Selain itu, pemilik turut berpeluang menikmati pelbagai manfaat tambahan seperti Program Minyak Enjin Premium Terkemuka Industri, Servis Inklusif, serta Program Lanjutan Waranti daripada BMW Motorrad Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.