☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 September 2025

 Kenyataan Media: MFORCE SEBAGAI PENGEDAR RASMI MOTOSIKAL JENAMA BENDA DI MALAYSIA

Mforce dengan ini mengesahkan bahawa kami adalah pengedar rasmi motosikal jenama BENDA di Malaysia, termasuk model LFC700PRO.

Baru-baru ini, terdapat hantaran di media sosial berhubung ketidakpuasan hati seorang pengguna terhadap kualiti motosikal model LFC700PRO. Pihak kami ingin menjelaskan bahawa isu tersebut telahpun ditangani mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

Antara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:

  1. Motosikal berkenaan telah dibaik pulih sepenuhnya kerana masih dalam tempoh jaminan.
  2. Pemilik motosikal tersebut telah membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), dan kes telah dibicarakan mengikut prosedur serta keputusan telah pun diperoleh.

Dengan ini, pihak kami menegaskan bahawa isu tersebut telah selesai melalui saluran yang sah.

Walau bagaimanapun, kami kesal kerana perkara ini telah dihebahkan di media sosial dengan cara yang tidak wajar sehingga boleh menjejaskan nama baik syarikat serta jenama yang kami wakili. Oleh itu, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi reputasi syarikat serta memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat serta perkhidmatan selepas jualan yang baik seperti yang dijanjikan.

Mforce sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami. Kami juga ingin menegaskan bahawa semua produk di bawah pengedaran Mforce adalah dilindungi oleh jaminan sah, dan sebarang isu teknikal akan ditangani secara profesional.

Terima kasih. RR

Oleh: Pihak Pengurusan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.