Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Oktober 2025

Ride Santai Bersama Yamaha T-MAX 2025

Bayangkan sebuah skuter, tapi rasa macam naik motosikal besar. Itulah yang cuba ditawarkan oleh Yamaha TMAX 2025 – gabungan antara kuasa, gaya, dan keselesaan dalam satu pakej yang sangat premium.

Untuk tahun 2025, TMAX tampil dengan wajah baharu yang lebih tajam dan bergaya. Lampu depan LED kembar dengan garisan agresif memberi rupa “sporty” yang jarang kita lihat pada skuter. Badan lebih kompak dan kemas, dengan panel sisi berbentuk ‘boomerang’ yang ikonik. Ringkas kata, sekali pandang dah cukup untuk menarik perhatian — ini bukan skuter biasa.

Jangan terkejut — walaupun nampak seperti skuter, TMAX dikuasakan oleh enjin 560cc parallel-twin, menghasilkan kira-kira 47.6 hp dan 55 Nm tork. Ini membolehkan ia memecut dengan lancar atas lebuh raya, mendaki bukit tanpa masalah, dan memotong kenderaan lain dengan yakin.

Enjin model baru ini juga telah ditambah baik untuk lebih senyap dan responsif, sesuai untuk tunggangan harian yang selesa.

Saya berpeluang bawa Yamaha TMAX dari KL ke Kedah - saja nak rasa betul ke skuter ni sedap macam dalam iklan. Tapi bukan saja dapat rasa... saya dapat pengalaman tak dijangka.

Mula-mula Semua Sempoi...

Bertolak dari Gombak hari dah petang. Cuaca redup, jalan lengang, bunyi enjin TMAX bunyi "hummmm" macam motor mewah, eh...memang motor mewah pun. Dengan cruise control, rasa macam duduk dalam kereta – tangan pun santai, lutut tak sempit, siap boleh pasang lagu dari phone ke speaker helmet.

Sampai R&R Tapah, ada rakan motor tegur:

“Bang, ni motor ke kapcai transformer?Lain macam skuter abang.”

Atas highway, TMAX ini mampu berlari dengan sangat cemerlang. Pulas sahaja pendikit, nah...dengan pantas kelajuan mampu melebihi 170km/j. Paling best...tak ada pun terasa sebarang gegaran yang mengganggu tunggangan.

Masuk Perak, Mulalah Drama... Hujan! Masa sampai dekat kawasan Bukit Gantang, saya rasa angin makin kuat. Jadi saya tekan butang naikkan windscreen. Nasib baik cermin pengadang anginnya agak besar – dapat melindungi saya daripada basah tetapi...bila lebat, lencun juga

Masa inilah saya gunakan sistem elektronik – Pemanas Pendikit dan Pemanas Pelana. Memang function weh! Selesa habis. Saya buat keputusan untuk bermalam di Taiping. Esok baru sambung ride ke Kedah.

TMAX dilengkapi rim 15 inci jenis "spin-forged" yang ringan, sistem brek cakera besar, serta sistem saspensi yang mantap (depan teleskopik, belakang lengan ayun). Walaupun berat basah sekitar 221 kg, pengendalian tetap stabil, terutamanya ketika memecut atau menunggang jauh.

Pelananya yang cukup empuk dan ruang kaki yang luas membolehkan saya melunjurkan kaki ke depan pada bila-bila masa, inilah yang penting bagi sebuah skuter maksi yang ingin kita tunggang setiap hari dan untuk mengembara. Paling best...saya tidak rasa penat walaupun sudah di atas TMAX ini lebih daripada 3 jam.

Sampai Kedah, Cari Laksa dan cendol untuk melegaan badan yang terbakar dek panas berdenting. TMAX parking elok bawah pokok kelapa. Bila matahari yang condong sedikit, angin pun mula mendinginkan badan. Tenang betul harti saya memandang sawah bendang yang menghijau. Rasa diri ini cukup kerdil bila berada di tengah-tengah kawasan sawah padi yang seluas mata memandang.

Bila masuk ke dalam bandar, terasa sedikit teruji kerana TMAX ini agak lebar. Nak mencelah tu saya lebih berhati-hati. Walaupun ia tidaklah selincah skuter yamaha 155cc, tapi kalau dah biasa, tak ada masalah pun.

Seronok betul berbual dengan tokey kedai minum (kami singgah sekejap untuk membasahkan tekak. Rupa-rupanya owner dulu pernah berniaga di Putrajaya. Lama juga kami di sana walaupun hanya seorang segelas air!

Kami bermalam di Alor Setar dan sempat jugalah bawa TMAX ini pusing bandar sekejap sebelum rehatkan badan di hotel berdekatan.

Wakutu balik: Sekejap panas...sekejap hujan. Biasalah, lebuhraya menuju ke selatan agak sesak tapi TMAX tak mengecewakan. Tenang sahaja kami mencelah dan memecut pulang ke Kuala Lumpur.

Catatan kami begini. Yamaha TMAX ini sesuai:

  • Penunggang yang mahukan keselesaan, kuasa dan gaya – semuanya dalam satu.
  • Mereka yang sering buat perjalanan jauh atau masuk lebuh raya.
  • Penunggang berpengalaman yang mahu naik taraf dari skuter biasa ke segmen lebih premium.

Mungkin kurang sesuai untuk:

  • Mereka yang baru mula menunggang.
  • Pengguna bandar yang hanya perlu skuter ringan untuk ulang alik jarak pendek.
  • Penunggang dengan bajet ketat atau yang pentingkan kos servis rendah.

Yamaha TMAX 2025 bukan sekadar skuter - ia sebuah pengalaman. Ia gabungan antara motosikal ‘sport touring’ dengan kemudahan dan keselesaan harian sebuah skuter automatik.

Kalau anda cari tunggangan yang boleh buat semua: pergi kerja, naik lebuh raya, jalan jauh dengan gaya, inilah jentera yang boleh buat anda tersenyum setiap kali hidupkan enjin. Tapi ingat: gaya dan kuasa datang dengan harga. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Warta Roda

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.