☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Oktober 2025

KYB-UMW Malaysia dan Huber Henglong Automotive System Group Jalin Kerjasama Strategik

Syarikat pengeluar penyerap hentak terkemuka, KYB-UMW Malaysia Sdn Bhd hari ini telah menyempurnakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Hubei Henglong Automotive System Group Co. Ltd dalam tujuan kerjasama strategik pembuatan dan pengeluaran komponen automotif khususnya teknologi stereng dan pengemudian.

Menerusi kerjasama ini, ia akan membuka peluang buat kedua-dua syarikat untuk melihat, menilai dan menerokai pasaran Original Equipment Manufacturer (OEM) serta Replacement Equipment Manufacturer (REM) bermula di Malaysia.

Kolaborasi di antara dua syarikat gergasi ini juga bakal memperluaskan kemampuan dan kepakaran KYB-UMW ke satu bidang baru iaitu teknologi pengemudian termasuk pengeluaran Electric Power Steering (EPS) dan Manual Steering Gear (MSG). Penyempurnaan kolaborasi ini membolehkan pihak KYB-UMW mendapat hak eksklusif untuk tujuan pemasaran produk-produk sistem EPS dan MSG di pasaran negara.

Menurut Dato' Mustamir Mohamad, Pengarah Urusan Sime UMW, "Kerjasama ini bakal membuka peluang jangka panjang untuk syarikat (KYB-UMW) melangkah lebih jauh dalam rantaian pengeluaran produk dan nilai automotif. Kerjasama ini membolehkan teknologi stereng yang dimiliki oleh Hubei Henglong dikongsikan ke dalam pasaran negara."

Turut menyuarakan hasrat dan pandangan positif ialah En. Ricky Yang, Naib Presiden Hubei Henglong yang menyatakan gabungan kepakaran yang dimiliki oleh Hubei Henglong dan pengalaman luas KYB-UMW, mereka yakin akan dapat menawarkan sistem stereng atau pengemudian yang berkualiti tinggi yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran tempatan dan rantau ASEAN. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.