☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 April 2018

Klinik Cub Prix KBS

Untuk tahun 2018, Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Kejuaraan Cub Prix bekerjasama dalam program pencarian bakat pelumba di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak melalui program 'Klinik Cub Prix KBS'. Program ini akan berlangsung di 22 lokasi seluruh negara di mana program sulungnya telah diadakan pada 13hb Mac lalu di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, Jalan Kuchai Lama.

Klinik pertama ini telah berjaya mengumpulkan kira-kira 100 orang peserta yang telah mengikuti beberapa aktiviti seperti Program Ceramah di sebelah pagi serta Latihan & Praktikal yang diadakan di sebelah petang. Program ini telah dikendalikan oleh dua ikon Cub Prix iaitu Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dan Azlan Shah Kamaruzaman. Dalam sesi latihan praktikal, para peserta telah dibekalkan dengan jentera Yamaha dan Honda.

Dua pelumba terbaik di setiap lokasi 'Klinik Cub Prix KBS' akan dibawa ke sesi pemilihan dan perlumbaan khas yang akan diadakan di Litar Lumba Tangkak, Johor pada bulan Disember nanti. Pelumba yang terpilih akan diserapkan ke perlumbaan Satu Pengeluar Yamaha dan Honda untuk musim Cub Prix 2019. RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).