☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Oktober 2025

Miliki Moped Mantap, VOFE Formica Rossa Dengan Rebat Istimewa RM700!

VOGE FR150, model motosikal moped premium kini boleh anda dimiliki pada harga hanya RM8,188.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Harga ini juga  bergantung pada terma dan syarat serta selagi stok masih ada. Bagi mereka yang berminat, boleh dapatkannya menerusi pengedar sah Mforce seluruh Malaysia. Tawaran sah sehingga 30 November 2025 sahaja.

VOGE Malaysia ingin memberi peluang kepada penggemar dua roda untuk menikmati rebat Istimewa sebanyak RM700 daripada harga asal RM8,888.00, bagi merasai sendiri pengalaman tunggangan epik bersama VOGE FR150 dengan nilai yang lebih berbaloi.

Peluang ini juga adalah sebagai salah satu bukti kehebatan VOGE FR150 yang bukan sahaja gah di jalan raya, malah membuktikan prestasinya di pentas perlumbaan rasmi seperti Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC).

Dikuasakan oleh enjin 149.6cc DOHC silinder tunggal, VOGE FR150 menghasilkan 11.5 kW pada 8,500 rpm dan 13.5 Nm tork maksimum pada 7,500 rpm. Lengkap dengan ciri moden seperti klac jenis slipper, ABS dwi-saluran dan transmisi 6-kelajuan, model ini menawarkan kawalan yang lebih stabil dan kuasa yang lebih responsif.

VOGE FR150 sebagai pilihan sempurna bagi penunggang moden yang menuntut gaya dan prestasi dalam satu pakej. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.