☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 November 2025

Anggota Polis Cedera Motosikal Dihimpit Pemandu Mabuk

IPOH: Seorang anggota polis cedera akibat kemalangan selepas motosikalnya dihimpit sebuah kereta dipercayai dipandu seorang warga emas dalam keadaan mabuk di Lorong Bercham 1 di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kejadian itu menyebabkan Konstabel Muhammad Jasrol Aiman Jasni, 24, mengalami kecederaan ringan pada tangan.

Katanya, pemandu kereta terbabit yang juga seorang lelaki berusia 60 tahun dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, polis menerima laporan melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ipoh kira-kira jam 10.40 malam berhubung kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan kereta jenis Honda CR-V.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdahulu, kereta dari arah Balai Bercham menghala ke Bandar Ipoh itu telah ditahan anggota polis terbabit setiba di lampu isyarat simpang Lorong Bercham 1," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, pemandu itu bagaimanapun didakwa cuba melarikan diri dengan membelokkan keretanya ke Lorong Bercham 1.

Ketika anggota polis itu mengekori hingga ke tempat kejadian, katanya, kereta dipandu suspek didakwa tiba-tiba menghimpit motosikal ditunggang anggota terbabit menyebabkan ia hilang kawalan dan mangsa terjatuh ke atas jalan.

Beliau berkata, anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan, manakala pemandu terbabit ditahan untuk tindakan lanjut.

"Ujian hembusan nafas menggunakan alat EBA-II di BSPT Ipoh (Unit Penguatkuasaan) mendapati kandungan alkohol dalam badan suspek ialah 200 miligram (mg) / 100 mililiter (ml) darah, iaitu melebihi had ditetapkan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

sumber: https://www.bharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).