☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Disember 2025

Media Ride OG Sebenar RS-X Winner

Baru-baru ini Boon Siew Honda (BSH) telah menganjurkan 'Media Ride OG Sebenar RS-X Winner' buat beberapa media terpilih menunggang jentera Honda RS-X Winner dari Kuala Lumpur ke Ibu Pejabat Boon Siew Honda di Pulau Pinang. Konvoi ini dianjurkan dengan tujuan untuk menguji keupayaan dan kemantapan jentera Honda RS-X Winner dan pada masa yang sama, memberi peluang buat para media untuk melihat kilang Honda dengan lebih dekat.

Para media telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A akan memulakan perjalanan di pejabat Honda Kepong sehingga tiba di Ipoh sebelum 'mandat' untuk menguji prestasi jentera ini diberikan kepada rakan-rakan media yang berada dalam Kumpulan B. Kumpulan B akan menunggang uji jentera tersebut hingga ke Pulau Pinang.


Info: Honda RS-X Winner dilancarkan pada awal tahun ini di Litar Horizon dan di sana, RR berkesempatan untuk menguji jentera ini dengan beberapa lap termasuklah model terdahulu RS-X. Hasil daripada sesi tersebut, kami dapat model baru ini telah diberikan peningkatan dari segi hantaran kuasa, sistem keselamatan dan sudah tentu dari segi rupabentuknya. Namun begitu, dalam jangka masa yang terhad, kami tidak dapat menikmati tenaga jentera ini secara menyeluruh.

Maka, pilihan untuk memberi peluang 'kedua' buat kami memang cukup memberi keterujaan. Kali ini sudah pasti jentera ini dapat dipecut ke tahap maksimum. Honda RS-X Winner digerakkan dengan enjin bersesaran 150cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm.

Setiap gear dirasakan lembut, cukup lancar dan RS-X Winner baru ini tampil dengan sistem Assist & Slipper yang membantu untuk mencegah kegelinciran tayar belakang dengan mengekalkan kestabilan ketika menurunkan kedudukan gear. Yang ni memang best! Dengan casis yang bertegaran tinggi, jentera ini cukup tegap ketika kita memecut ke tahap maksimum. Saya tidak pula terasa pelana Honda ini keras, atau mungkin saya 'rider' yang berat maka tak ada masalah dari segi keselesaan.

Ketika menunggang RS-X Winner ini di litar sebelum ini, saya cukup suka dengan sistem breknya yang agak baik. Tayar hadapan bersaiz 90/80-17M/C (46P), tayar belakang bersaiz 120/70-17M/C (58P) dipadankan dengan brek-brek cakera beserta sistem ABS. Apa yang saya harapkan ialah paparan meternya yang boleh dipertingkatkan dengan jenis yang lebih moden dan menarik.


Kami tambah isi tangki di R&R Tanjung Malim sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Jarak dari BSH Kepong ke R&R Tanjung Malim adalah sekitar 70 kilometer.

Konvoi berhenti makan tengahari di Kin Loong, Tasik Cermin, Ipoh dan kali ini Kumpulan B pula akan menyambung perjalanan ke Pulau Pinang. Ketika konvoi menghampiri Taiping, hujan turun dengan lebat, memaksa setiap peserta mencari tempat berlindung untuk berehat sebelum menyambung perjalanan semula. Akhirnya konvoi selamat tiba di hotel penginapan di Simpang Ampat, Pulau Pinang sekitar jam 4.30 petang.

Secara keseluruhannya, RS-X Winner sememangnya sesuai untuk tunggangan bandar dan juga boleh dijadikan 'teman' untuk mengembara. Antara kelebihan model ini menurut pandangan saya ialah kuasa enjin 150cc DOHC, sistem Assist & Slipper, posisi menunggang yang selesa, penggunaan bahan api yang baik (sekitar 45km per liter - bergantung kepada saiz penunggang dan gaya tunggangan) dan port pengecas USB.

Namun begitu, ada sedikit kekurangan yang boleh terus dipertingkatkan iaitu saiz tangki yang agak kecil, penyerap hentak belakangnya agak keras, panel meter yang kurang menarik.

Hari Kedua

Pihak BSH turut memberi peluang untuk kami melawat ke kilang mereka di Batu Kawan. Kesempatan ini diambil untuk bertanyakan tentang proses pembikinan, jumlah pengeluaran dan tahap pengawalan kualiti. Turut dijadualkan ialah sesi pengenalan model RS-X Winner ini dan perbincangan dua hala di antara pihak media dan wakil BSH yang diketuai oleh Pengurus Komunikasi Penjenamaan BSH, En. Eddick Cheah.

Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai masalah daya ketahanan enjin, ketahanan 'Balancer', sistem 'Oil Strainer' kepada Oil Filter dan lain-lain. Pihak BSH menerima setiap soalan dengan positif dan bersedia untuk mempertingkatkan mutu jentera mereka. Diharap masalah-masalah ini dapat diselesaikan pada model berikutnya.

Pendekatan BSH untuk bersama pihak media dalam menguji dan mengadakan sesi perbincangan telus ini sememangnya dialu-alukan. Ini sudah tentu jalan paling baik untuk Honda terus memberikan produk-produk terbaik buat para pengguna dua roda di seluruh negara. Honda pernah berada di tangga teratas kerana menawarkan model-model yang bukan sahaja cantik tetapi tahan lasak, dan ini adalah cabaran buat mereka untuk 'membuka sayap' untuk kembali 'terbang' dengan lebih tinggi.


Terima kasih Honda dan semoga berjaya! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).