☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Januari 2026

SYM Husky 150 SE 2026 Terima Empat Warna Baharu

SYM dengan rasminya memperkenalkan empat warna baharu untuk model SYM Husky 150 SE (Special Edition) sempena sambutan Tahun Baharu, sekali gus memberikan nafas segar kepada barisan skuter lasak tersebut. Warna-warna baharu tersebut adalah Indigo Blue, White, Matt Grey dan Glossy Green.

SYM Husky 150 SE dikuasakan oleh enjin 150 cc silinder tunggal, 4-lejang dengan 4-injap, yang menghasilkan kuasa maksimum 14.5hp pada 8,000rpm serta tork 14.5Nm pada 6,000rpm, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian mahupun tunggangan jarak sederhana. 

Ciri keselamatan pada model ini terdiri daripada Traction Control (TCS) yang membantu mengawal roda belakang daripada mudah tergelincir ketika dipermukaan licin, berpasir atau di laluan offroad. Selain itu, terdapat juga sistem ABS dua saluran yang meningkatkan tahap kawalan dan keyakinan penunggang, khususnya ketika melakukan brek kecemasan. Kelengkapan lain pula seperti brek-brek cakera, tinggi pelana 785mm, berat 153kg, isi tangki 15 liter, lampu-lampu LED, meter digital dan sistem kunci pintar.

SYM Husky 150 SE dalam pilihan warna terbaharu boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia pada harga asas bermula RMRM10,598 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Setiap pembelian disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km. RR  

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.