☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Januari 2026

Tempahan MODENAS Z15GT Cecah 10,000 unit, Bakal Perkenal Model Klac Auto

Ketika menghadiri lawatan teknikal bersama pihak MODENAS untuk bertemu dengan 'team' yang bertanggung jawab dalam kelahiran model moped Z15GT baru-baru ini, rakan-rakan media serta pengusaha bengkel tempatan turut berpeluang untuk mengajukan beberapa soalan berkaitan pembangunan model tersebut.

Apa yang cukup membanggakan, proses pembikinan dari awal hingga akhir melibatkan para jurutera dan perekabentuk dari negara kita sendiri atau lebih tepat, 'team padu' dari kilang MODENAS di Gurun, Kedah. Pelbagai proses dan pembangunan dijalankan dengan cukup teliti demi menghasilkan jentera yang berkualiti dan tahan lasak.

Untuk itu, pihak MODENAS telah berkolaborasi dengan beberapa syarikat dari luar negara seperti Kawasaki Motors Ltd (Jepun), FVT (Austria) dan Zhonshen (China). Kerjasama ini telah berjaya menghasilkan sebuah jentera moped baru buatan tempatan yang wajar mendapat pujian seluruh warga negara kerana diiktiraf khususnya oleh pihak Kawasaki Motors Ltd. Tahniah diucapkan.

Sehubungan itu, penerimaan para pengguna dua roda di Malaysia sangat positif sehinggakan permintaan terhadap model ini terus meningkat dari masa ke semasa. Menurut CEO MODENAS, En. Roslan Roskan, pihaknya telah menerima tempatan yang kini mencecah 10,000 unit dan proses penghantaran ke pusat pengedar MODENAS sedang giat dijalankan. Beliau menyatakan penghantaran sejumlah 5,000-6,000 unit akan dapat disempurnakan pada bulan ini (Januari 2025). Beliau tidak menafikan dengan permintaan yang tinggi ini, masa menunggu agak lama tetapi MODENAS yakin akan dapat memenuhi setiap permintaan tanpa sebarang masalah.

Turut ditanya dalam sesi soal-jawab itu ialah kemungkinan pihak MODENAS akan mengeluarkan model baru yang menggunakan sistem klac auto seperti motosikal 'kapcai' biasa. Jawapanya cukup positif dan model tersebut sedang dalam proses pembikinan. Apa yang belum mendapat kepastian ialah dari segi sesaran enjin sama ada kekal dengan 150cc atau lebih rendah. Apa pun, kenyataan mengenai model baru 'kapcai' ini mendapat maklum balas yang cukup baik di media sosial sekaligus membuktikan para penunggang motosikal di Malaysia sememangnya sedang menunggu ketibaan model itu. RR

Spesifikasi MODENAS Z15GT:

  • Enjin: 149.5cc, 4 lejang, silinder tunggal
  • Kuasa maksimum: 16.7hp pada 9,500rpm
  • Tork maksimum: 13.5Nm pada 7,500rpm
  • Saspensi hadapan/belakang: fork teleskopik & penyerap hentak tunggal
  • Sistem brek: Jenis cakera hidraulik beserta ABS
  • Isi tangki: 5.7 liter
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Berat: 128kg
  • Tapak roda: 1,315mm
  • Tinggi pelana: 780mm
  • Kelegaan tanah: 140mm
  • Soket pengecas
  • P x L x T: 1,980 x 670 x 1,100mm

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.