☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Januari 2026

AVETA NOVA 250 Kini Dengan Dua Warna Baharu

Aveta Motor Malaysia perkukuhkan jenamanyan menerusi segmen skuter maksi dengan memperkenalkan dua warna baharu untuk Aveta Nova 250 iaitu Titan Red dan Nordic Blue.

Titan Red merupakan warna edisi standard yang menawarkan penampilan berani dan sporty. varian ini ditawarkan pada harga asas RM14,388 (tanpa insurans & cukai jalan) dan berada di semua pengedar sah Aveta bermula Januari 2026. 

Manakala untuk warna Nordic Blue pula adalah model edisi terhad yang hanya ditawarkan sebanyak 688 unit sahaja. Setiap unit didatangkan dengan nombor siri unik dari 001/688 hingga 688/688. Selain itu, varian ini juga turut dilengkapi hendal aluminium sporty serta pelekat logo khas Aveta bagi menampilkan karakter yang lebih premium. Model SE ini hanya berada di kedai eksklusif iaitu Aveta Preferred Dealers dan Pusat Aveta Elite bermula februari 2026 pada harga asas RM14,888 (tanpa insurans & cukai jalan).

Nova 250 dijana  dengan enjin silinder tunggal, 244.4cc yang mampu menjanakan kuasa setinggi 25.5hp pada 6,500rpm dan tork 23Nm pada 6,500rpm. Antara kelengkapan lain seperti lampu-lampu LED, paparan meter TFT 7-inci, sistem kunci pintar, TPMS, ABS dan Traction Control, tinggi pelana 774mm, tangki bahan api 12 liter.

Sebagai penghargaan, Aveta akan menganjurkan Acara Serahan Grand khas untuk 388 pembeli terawal Aveta Nova 250 Nordic Blue Edisi Terhad. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).