☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Februari 2026

Kempen Keselamatan AMI–Suzuki 2026 - Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Suzuki Malaysia bersama AFY Mobility Industries (AMI) telah menganjurkan Kempen Keselamatan AMI–Suzuki 2026, sebagai satu inisiatif berterusan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta memupuk budaya tunggangan yang lebih bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia.

Kempen ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Ahmad Faez Yahaya, Pengerusi Eksekutif AFY Mobility Industries, yang menegaskan tanggungjawab Suzuki Malaysia sebagai pengeluar, pemasang dan pengedar motosikal untuk memastikan setiap produk yang berada di jalan raya mengutamakan aspek keselamatan. Beliau turut menjelaskan bahawa model-model baharu Suzuki, AFAZ dan MODA di bawah kumpulan AMI kini dilengkapi dengan sistem lampu LED yang lebih terang, bertujuan meningkatkan tahap keterlihatan serta mengurangkan risiko kemalangan.

En. Ahmad Faez Yahaya.
En. Ahmad Faez Yahaya.

Komitmen ini menjadi asas kepada penganjuran kempen hari ini yang menawarkan pemeriksaan keselamatan motosikal percuma 16-perkara kepada orang ramai, merangkumi komponen kritikal seperti sistem lampu, brek, tayar, rantai dan tahap kebolehgunaan motosikal secara menyeluruh.

En. Khairul Hafiz (kanan sekali) menyampaikan taklimat mengenai 16 Bahagian Motosikal Pemeriksaan Keselamatan.

Sementara itu, Datuk Jazmanie, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berkongsi statistik yang membimbangkan apabila jumlah pendaftaran kenderaan di Malaysia kini telah melebihi jumlah penduduk negara. Keadaan ini menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta ruang jalan yang semakin sempit, khususnya di bandar-bandar utama.

Beliau turut memaklumkan bahawa lebih 80 peratus kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal, dan hampir 50 peratus daripadanya terdiri daripada golongan berusia antara 16 hingga 25 tahun. Menurut beliau, kehilangan golongan muda ini amat menyedihkan kerana mereka merupakan aset dan masa depan negara. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan, aspek kesedaran dan tanggungjawab individu kekal sebagai faktor paling penting, selari dengan tema kempen tahun ini, “Keselamatan Bermula Dengan Kita.”

Sebagai sebahagian daripada elemen tanggungjawab sosial dan pendidikan keselamatan, majlis ini turut menyaksikan penyerahan topi keledar kepada 30 orang kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun dari Klang, sebagai usaha memupuk kesedaran keselamatan sejak usia awal. Selain itu, topi keledar dan jaket keselamatan turut diserahkan kepada empat orang pengunjung yang hadir sebagai galakan kepada amalan tunggangan selamat.

Program diteruskan dengan sesi lawatan pameran yang melibatkan rakan niaga serta penaja kempen. Dengan sokongan AEON Credit Malaysia dan Tokio Marine Insurance, hampir 200 unit topi keledar dan 200 jaket keselamatan telah diagihkan kepada peserta yang menjalani pemeriksaan keselamatan 16-perkara, sekali gus memperkukuh usaha kolektif dalam meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal di Malaysia.

Menerusi Kempen Keselamatan AMI–Suzuki 2026, Suzuki Malaysia dan AFY Mobility Industries menegaskan komitmen berterusan mereka untuk membudayakan keselamatan jalan raya, khususnya menjelang musim perayaan, melalui kerjasama erat bersama agensi kerajaan, persatuan industri dan masyarakat umum. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).