☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Februari 2026

Honda Racing Malaysia Raih Dua Anugerah MAM 2025

Honda Racing Malaysia (HRM) menerima dua  Anugerah Motorsports Association of Malaysia (MAM) 2025 setelah menampilkan musim yang cemerlang dengan prestasi konsisten di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

Menggunakan nama Idemitsu Honda Racing Malaysia, pasukan itu dinobatkan sebagai International 2-Wheel Team of the Year hasil pencapaian membanggakan dalam Kejuaraan Asia Road Racing Championship (ARRC) bagi kategori ASB1000. Sepanjang musim, pasukan ini menampilkan konsistensi luar biasa dengan meraih podium dalam setiap pusingan, sekali gus membuktikan keunggulan kejuruteraan Honda, strategi perlumbaan yang mantap serta DNA kompetitif yang kukuh. Kejayaan ini turut disokong oleh penaja utama, Idemitsu Lube Malaysia Sdn. Bhd., bersama rakan penaja lain seperti RCB, O2, Degree, Showa, ThreeBond, Dunlop, SDG, Baby Face, NGK, RK, MFZ, SCK dan Ashuka.

Pengurus Pasukan Idemitsu Honda Racing Malaysia, Zulhelmi Ahmad.
Pengurus Pasukan Idemitsu Honda Racing Malaysia, Zulhelmi Ahmad.

Kejayaan podium sepanjang musim tersebut merupakan hasil usaha kolektif seluruh pasukan termasuklah barisan pelumba hinggalah jurutera dan kru teknikal, yang sentiasa memberikan komitmen penuh di pentas antarabangsa. Dedikasi serta kerja berpasukan inilah yang menjadi pemangkin kepada pengiktirafan berprestij yang diterima.

Menambahkan lagi kejayaan berganda buat Honda Racing Malaysia, Azroy Hakeem Anuar turut raih anugerah National Circuit Racing Rider of the Year atas prestasi cemerlangnya dalam pelbagai kejohanan. Azroy mencatat kemenangan berganda (P1) pada Pusingan 2 ARRC di Sepang serta dua kemenangan berganda dalam Kejuaraan Malaysia Superbike (MSBK).

Pengurus Pasukan Idemitsu Honda Racing Malaysia, Zulhelmi Ahmad berkata, pengiktirafan ini mencerminkan usaha kolektif seluruh warga Honda Racing Malaysia yang direalisasikan menerusi kepercayaan dan sokongan pengurusan Boon Siew Honda serta para penaja, pelumba, jurutera dan keseluruhan pasukan teknikal dan sokongan.

Pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar.
Pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar.

“Komitmen berterusan daripada semua rakan penaja, termasuk penaja utama kami, Idemitsu, memainkan peranan penting dalam memastikan kami mampu bersaing secara konsisten pada tahap tertinggi sepanjang kejuaraan,” katanya.

Honda kekal komited dalam memperkasa kecemerlangan sukan permotoran dua roda serta membangunkan bakat baharu, selari dengan hasrat untuk terus bersaing di peringkat tertinggi arena perlumbaan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.