☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 April 2026

Program Mforce.CAS Tawar Rebat Sehingga RM2,400 Untuk Motosikal EV

Program Mforce.CAS merupakan satu inisiatif terbaharu yang diperkenalkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik dalam kalangan rakyat Malaysia. Program ini bermula pada 1hb April hingga 30hb Jun 2026 dengan menawarkan rebat sehingga RM2,400 kepada meraka yang berminat untuk beralih ke motosikal elektrik.

Melalui usaha ini, Mforce menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih menjimatkan, efisien serta mesra alam. Motosikal elektrik bukan sahaja dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bahan api tetapi menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih senyap dan lancar. Bukan itu shaja, melalui motosikal elektrik ini juga merupaka salah satu alternatif untuk perjalanan jarak dekat seperti ke tempat kerja, ke sekolah, menjalankan urusan harian serta pergerakan dalam kawasan bandar.

Mforce.CAS terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati manfaat penggunaan motosikal elektrik secara meluas. Tambahan pula, semua model yang ditawarkan di bawah program ini telah mendapat kelulusan Vehicle Type Approval (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Antara jenama motosikal elektrik yang dipasarakan di bawah Mforce adalah EZI, ZEEHO, YADEA dan QJMOTOR dengan menawarkan teknologi moden serta kecekapan tenaga tinggi.

Motosikal elektrik menawarkan pelbagai kelebihan berbanding kenderaan konvensional, antaranya kos tenaga yang lebih rendah, penyelenggaraan minimum dan ketahanan terhadap turun naik harga petrol. Selain itu, pengguna juga dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon bagi menyokong usaha ke arah kelestarian alam sekitar.

Permohonan boleh dilakukan secara percuma di laman web rasmi https://mforcecas.my/. Pengguna hanya perlu mendaftar akaun, mengesahkan emel, melengkapkan maklumat peribadi dan menunggu kelulusan yang biasanya diberikan dalam tempoh 24 jam. Setelah diluluskan, pengguna akan menerima kod QR yang boleh digunakan di pengedar sah untuk membuat pembelian.

Melalui program ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban kos mobiliti rakyat tetapi menjadi langkah proaktif dalam menggalakkan penggunaan teknologi kenderaan elektrik di Malaysia. Inisiatif ini jelas mencerminkan komitmen Mforce dalam menyediakan solusi mobiliti yang lebih mampan, mampu milik dan mesra alam untuk masa depan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.