☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 April 2026

KOVE MOTO Raih Dua Anugerah MOTY 2026

Allianz Malaysia Motorcycle Of The Year Awards (MOTY) 2026 merupakan satu platform pengiktirafan industri yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggiat dunia permotoran di Malaysia. Majlis yang dianjurkan oleh BikesRepublic.com bertujuan untuk menilai motosikal berdasarkan prestasi, inovasi, nilai serta daya tarikan kepada penunggang. Edisi 2026 menyaksikan penglibatan panel juri berpengalaman seperti Keshy Dillon, Kevin Lee dan Jehan Miskin yang masing-masing mempunyai latar belakang luas dalam bidang automotif dan permotoran.

Untuk tahun 2026, jenama KOVE muncul sebagai antara bintang utama apabila berjaya meraih dua pengiktirafan besar. Kejayaan ini sekali gus membuktikan bahawa KOVE bukan sekadar jenama baharu dalam pasaran tetapi mampu bersaing dengan pengeluar global lain dari segi kejuruteraan dan prestasi. Salah satu pencapaian penting adalah menerusi model KOVE 800X GT yang dinobatkan sebagai Adventure Bike of the Year 2026. Model ini dilihat menonjol dalam segmen motosikal pengembaraan kelas pertengahan dengan menawarkan keseimbangan antara prestasi, keupayaan touring dan reka bentuk praktikal. Nisbah kuasa kepada berat yang kompetitif serta kebolehan menempuh pelbagai jenis permukaan jalan menjadikan ia pilihan ideal bagi penunggang yang gemar pengembaraan jarak jauh.

Namun begitu, pencapaian paling membanggakan buat KOVE adalah menerusi KOVE 450R yang dinobatkan sebagai Malaysian Motorcycle of the Year 2026, iaitu anugerah tertinggi yang diberikan kepada motosikal paling cemerlang merentasi semua kategori. Kemenangan ini mencerminkan keupayaan luar biasa model tersebut dalam menawarkan pengalaman tunggangan yang unik dan berprestasi tinggi. Dilengkapi dengan enjin empat silinder serta kejuruteraan berinspirasikan perlumbaan. KOVE 450R berjaya menampilkan gabungan prestasi dan kawalan yang jarang ditemui dalam segmen motosikal ringan.

Panel juri turut menyatakan bahawa KOVE 450R menawarkan keseimbangan luar biasa dari segi kelincahan, penghantaran kuasa dan ketepatan pengendalian. Sepanjang sesi ujian jalan raya dan prestasi, motosikal ini menunjukkan tahap responsif yang tinggi serta memberikan keyakinan kepada penunggang untuk meneroka had kemampuan mereka. Malah, pengalaman menunggang model ini disifatkan sebagai sesuatu yang “mind-blowing” oleh salah seorang juri menyatakan bahawa motosikal tersebut sangat mengagumkan. Keputusan untuk menobatkan KOVE 450R sebagai juara keseluruhan juga dicapai secara sebulat suara sekali gus mengukuhkan lagi kredibiliti kemenangan tersebut.

Allianz Malaysia Motorcycle of the Year Awards 2026 bukan sahaja mencerminkan perkembangan positif industri motosikal di Malaysia, malah menjadi pentas penting bagi jenama seperti KOVE untuk membuktikan keupayaan mereka di peringkat lebih tinggi. Kejayaan meraih dua anugerah utama ini memberi isyarat jelas bahawa KOVE kini berada pada landasan kukuh untuk terus berkembang dalam pasaran tempatan. Dengan sokongan berterusan daripada AFY Mobility Industries, jenama ini dijangka akan terus memperkukuh kedudukannya serta menarik lebih ramai peminat motosikal di Malaysia pada masa akan datang. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).