☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 April 2026

Suzuki Hayabusa M6 (2026) Terima Kemas Kini Warna Baharu & Versi SE - Bermula RM120,000

Suzuki Malaysia terus memperkukuh penawaran segmen superbike tempatan dengan kemas kini terbaharu untuk model legenda, Suzuki Hayabusa M6. Untuk tahun 2026 model ini tampil dalam dua varian iaitu standard dan Special Edition (SE).

Suzuki Hayabusa M6 kekal menggunakan enjin 1,340cc 4-silinder sebaris DOHC yang menghasilkan sekitar 198hp pada 9,700rpm dan tork 150Nm pada 7,000rpm. Padanan transmisi 6-kelajuan bersama sistem bi-directional quickshifter memastikan penukaran gear lebih lancar dan responsif.

Teknologi moden turut menjadi kekuatan utama model ini melalui pakej Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.). Ia merangkumi pelbagai sistem bantuan seperti Power Mode Selector, Traction Control, Launch Control, Engine Brake Control dan Cruise Control. Tambahan pula, penggunaan IMU 6-paksi membolehkan sistem seperti Motion Track Traction Control dan Cornering ABS berfungsi dengan lebih tepat untuk tahap kestabilan optimum.

Dari segi pemgendalian, model ini didatangkan dengan brek hadapan jenis Brembo Stylema bersama cakera berkembar manakala belakang menggunakan cakera jenis tunggal. Bahagian suspensi pula hadir dengan fork USD KYB inverted serta penyerap hentak tunggal di belakang boleh laras.

Dari sudut pengendalian, Hayabusa dilengkapi brek hadapan Brembo Stylema bersama cakera berkembar, manakala suspensi menggunakan fork hadapan jenis KYB inverted serta penyerap hentak belakang boleh laras. Kombinasi ini memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi, terutamanya ketika tunggangan berkelajuan tinggi.

Untuk versi Special Edition bukan sekadar kosmrtik biasa tetapi hadir dengan beberapa elemen eksklusif yang membezakannya daripada versi standard. Antara ciri-ciri yang ada pada model SE adalah Emblem “Special Edition” pada tangki, kemasan White molding di bahagian panel badan, grafik & special decal unik, pelana tunggal secara standard, logo SUZUKI lebih tebal di tangki dan Muffler special untuk kemasan lebih premium.

Reka bentuk aerodinamik ikonik Hayabusa masih dikekalkan namun diperhalusi bagi meningkatkan kecekapan aliran udara dan kestabilan pada kelajuan tinggi. Ini menjadikan model ini terus relevan sebagai salah satu jentera paling berpengaruh dalam dunia superbike. Tahap kelajuan yang dianggarkan boleh mencapai 312km/h.

Suzuki Hayabusa M6 2026 ditawarkan pada harga asas RM120,000 bagi versi standard dengan dua pilihan warna antaranya Candy Darling Red/Glass Sparkle Black dan Metalic Galaxy Gray/Candy Burmt Gold. Untuk versi Special Edition (SE) pula hanya didatangkan dalam sata warna iaitu Pearl Vigor Blue pada harga asas RM123,900. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.