☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Mei 2026

Kuota Penggunaan RON95 Mungkin Dikurangkan Kepada 150 Liter Sebulan?

Kerajaan berkemungkinan mengurangkan kuota penggunaan petrol RON95 bulanan di bawah program BUDI95 kepada 150 liter sebulan sebagai langkah memastikan bekalan bahan api domestik kekal terjamin susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik di Asia Barat.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata pelaksanaan pengurangan itu masih belum mempunyai garis masa rasmi. Namun ia boleh dilakukan kerana program BUDI95 mempunyai sistem data penggunaan yang lebih terperinci dan fleksibel.

Menurut beliau, kuota semasa ketika ini ialah 200 liter sebulan, selepas dikurangkan daripada 300 liter sebelum ini. Berdasarkan data penggunaan semasa, majoriti rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan petrol jauh lebih rendah daripada kuota sedia ada.

“Sekitar 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. Jika kuota dikurangkan kepada 150 liter, kira-kira 60 peratus rakyat masih berada di bawah paras itu, malah 50 peratus menggunakan kurang daripada 100 liter,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi ‘Fireside Chat’ bertajuk Malaysia's Response to Global Energy Crisis: Build Back Better sempena acara AFFIN Market Outlook Conference: Propelling Malaysia Forward 2026 di Kuala Lumpur.

"Langkah mengawal penggunaan bahan api penting bagi memastikan bekalan dapat diagihkan secara konsisten kepada rakyat walaupun dalam keadaan krisis global dan kenaikan harga minyak mentah," tambahnya.

Kerajaan juga memberi penekanan kepada perlindungan golongan berpendapatan rendah serta pengguna motosikal yang dianggap paling terkesan sekiranya harga bahan api meningkat mendadak. Pengguna motosikal dianggarkan hanya menggunakan sekitar 50 liter sebulan dan perlu terus menikmati subsidi tinggi bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa kestabilan sosial dan politik negara turut menjadi faktor penting dalam pelaksanaan subsidi bersasar supaya golongan terlibat tidak terbeban dengan keadaan ekonomi mencabar.

Menurut Chin Tong lagi, perbelanjaan subsidi bahan api kerajaan meningkat hampir 10 kali ganda susulan harga minyak mentah naik mendadak akibat konflik geopolitik di Asia Barat sejak akhir Februari lalu.

Selain itu, kerajaan turut merancang mekanisme subsidi diesel bersasar untuk Sabah dan Sarawak, sama seperti pendekatan BUDI95.

Bagi jangka masa panjang, beliau berkata Malaysia perlu mempercepatkan pelaburan dalam pengangkutan awam, penggunaan kenderaan elektrik dan pembangunan bandar yang lebih padat bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api petroleum. RR

Sumber berita - https://www.hmetro.com.my/

Popular

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Artikel berkaitan

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Zontes 552Z merupakan salah satu daripada empat varian dalam keluarga 552 yang turut merangkumi 552G, 552S dan 552H.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.