☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Mei 2026

Honda BigWing Senai, Johor Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) Sdn Bhd merasmikan pembukaan Honda BigWing Senai yang menjadi cawangan Honda BigWing kedua di negeri Johor serta cawangan ke-7 rangkaian Honda BigWing di Malaysia.

Diuruskan oleh NB Motor World Sdn Bhd, pembukaan pusat sehenti eksklusif ini dilihat sebagai satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan kehadiran jenama Honda dalam segmen motosikal berkuasa tinggi di Malaysia terutama di kawasan selatan tanah air.

Honda BigWing Senai berfungsi sebagai pusat 4S lengkap yang merangkumi jualan, servis, alat ganti dan aksesori khusus untuk model-model Honda berkapasiti 250cc ke atas. Pusat ini turut menawarkan pengalaman premium kepada pelanggan serta komuniti penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Antara tarikan utama yang disediakan di Honda BigWing Senai termasuk ruang pameran premium yang menampilkan model Honda pelbagaisegmen antaranya Adventure, Cruiser, Sportbike, Touring dan skuter. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati ruang rehat eksklusif direka khas sebagai tempat berkumpul dan berinteraksi dalam kalangan komuniti penunggang yang lengkap dengan penghawa dingin. Ruangan servis pula lengkap dengan lima lif motosikal bagi memudahkan kerja penyelengaraan.

Dengan pembukaan Honda BigWing Senai di Johor, para pelanggan kini mempunyai akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan lengkap Honda BigBike supaya dapat memperkukuhkan lagi sokongan terhadap perkembangan komuniti motosikal premium di Malaysia.

Honda BigWing Senai beroperasi di alamat 451, Jalan Persiaran Scientex Utama 1, Taman Scientex Utama, 81400 Senai, Johor Darul Ta'zim. Pusat ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 8 malam. Untuk hujung minggu pula beroperasi dari jam 9.30 pagi hingga 7 malam. Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi talian 07-228 3378. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Dari Litar

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan moto3 dalam GP San Marino di tempat ke-12