Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Jun 2026

Honda Meriahkan Karnival Kampung Angkat MADANI di Batu Maung

Boon Siew Honda memeriahkan Karnival Kampung Angkat MADANI yang berlangsung di Blok K, Batu Maung pada 13hb Jun 2026 lalu. Program yang diadakan di Perkarangan Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang dengan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk komuniti setempat dan penunggang motosikal.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha Honda untuk mendekati masyarakat sambil meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya. Selain menjadi platform untuk berinteraksi dengan pengguna motosikal, pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai manfaat dan hadiah menarik yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

Antara aktiviti utama yang disediakan di ruang pameran Honda ialah taklimat kesedaran keselamatan jalan raya yang bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai amalan tunggangan selamat serta kepentingan penggunaan peralatan perlindungan yang betul ketika menunggang motosikal.

Honda turut menawarkan pengagihan helmet percuma kepada 100 penerima terpilih. Inisiatif ini diharap dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal  terutam dalam kalangan penduduk setempat yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian.

Bagi pemilik motosikal Honda, peluang turut diberikan untuk menikmati program penukaran minyak enjin percuma kepada 100 peserta terpilih. Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos penyelenggaraan, malah menggalakkan pemilik motosikal untuk sentiasa menjaga keadaan enjin agar berada pada tahap prestasi terbaik.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat pelbagai model motosikal serta produk terkini Honda seperti ADV160, Vario 125 Street dan RS-X Winner yang dipamerkan sepanjang karnival berlangsung. Pameran ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali teknologi dan inovasi yang ditawarkan oleh jenama tersebut.

Honda turut menyediakan hadiah cabutan bertuah menarik di mana tempat pertama berupa RS-X Winner dan tempat kedua adalah BeAT. Tidak ketinggalan, sebanyak 20 buah helmet turut disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang bertuah. RR

Popular

  • Warta Roda

    Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

  • Model Baru

    Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

  • Model Baru

    Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

  • Dari Litar

    Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

  • Dari Litar

    Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Artikel berkaitan

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Grachaw telah melancarkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam dengan menampilkan tiga daripada Mobile Suit paling popular dalam siri itu khas buat para penunggang dan pengumpul produk-produk Gundam.

Dari Litar

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Nicolo Bulega bakal membuat kemunculan dalam saingan MotoGP pada musim 2027 selepas disahkan menyertai pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team.

Warta Roda

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

Segmen kapcai 150cc di Malaysia dijangka menjadi lebih menarik tahun depan?

Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.