Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Jun 2026

Automaster Care Tawar Perlindungan Peribadi & Waranti Enjin Kereta

Advanced Profinity Sdn Bhd, pengedar rasmi minyak enjin MANNOL dan CHAMPION di Malaysia melancarkan platform Automaster Care yang merupakan sebuah inisiatif menyeluruh untuk memperkasa ekosistem bengkel tempatan sambil menawarkan perlindungan tambahan kepada pengguna kenderaan di Malaysia.

Automaster Care diwujudkan bagi mengubah persepsi pengguna terhadap proses penukaran minyak enjin yang selama ini hanya dilihat sebagai penyelenggaraan biasa. Sebaliknya, setiap kali servis kini membawa manfaat dalam bentuk perlindungan dan jaminan kepada pemilik kenderaan.

Melalui slogan “Tiga Inisiatif. Satu Matlamat. Untuk Anda”, Automaster Care menghubungkan tiga pihak utama dalam satu ekosistem yang saling memberi manfaat. Pengguna menerima perlindungan percuma bernilai tinggi, bengkel rasmi memperoleh kelebihan kompetitif untuk menarik pelanggan manakala jenama dapat membina hubungan jangka panjang yang lebih telus dengan pelanggan.

Antara kelebihan utama yang ditawarkan dalam Automaster Care antaranya Perlindungan Kemalangan Peribadi (PA) secara percuma untuk pelanggan yang melakukan servis penukaran minyak enjin MANNOL atau CHAMPION di mana-mana bengkel terpilih. Perlindungan tersebut sah selama empat bulan dan diikat terus kepada pemilik kenderaan tidak kiralah buat pengguna kereta ataupun motosikal.

Antara manfaat yang ditawarkan adalah perlindungan kematian akibat kemalangan dan cacat kekal menyeluruh sehingga RM4,000, pampasan patah tulang sehingga RM1,500, perbelanjaan pengebumian RM1,000, kos ambulans RM300 serta perbelanjaan perubatan RM150. Untuk makluman, perlindungan PA bagi motosikal hanya tertakluk kepada penggunaan minyak MANNOL sintetik penuh.

Selain itu, Automaster Care turut memperkenalkan Program Jaminan Perlindungan Minyak Enjin yang menawarkan baik pulih enjin sehingga RM10,000 bagi setiap kenderaan. Sekiranya berlaku kerosakan enjin dan siasatan teknikal mendapati puncanya daripada minyak enjin yang digunakan, kos baik pulih akan ditanggung sepenuhnya di bawah program tersebut. Buat masa ini, Program Perlindungan Enjin hanya ditawarkan kepada kereta sahaja manakala motosikal masih belum ditawarkan (akan dipertimbangkan).

Bagi memudahkan pengguna, proses pendaftaran dan pengaktifan dilakukan secara digital melalui paltform Automaster Care. Pada servis pertama, pelanggan hanya perlu menukar minyak enjin MANNOL atau CHAMPION di bengkel terpilih. Pengguna perlu mengimbas kod QR yang disediakan dan mengisi maklumat kenderaan serta memuat naik resit pembelian. Untuk pengaktifan penuh waranti, pelanggan perlu melakukan servis kedua dalam tempoh lima hingga enam bulan di bengkel rasmi yang sama. Selepas rekod disahkan, status waranti akan diaktifkan sepenuhnya dengan perlindungan berterusan selama lapan bulan.

Melalui program ini terdapat juga Community Reach Back Programme (CRP) yang membolehkan kelab dan persatuan berdaftar menjana dana secara berterusan. Program ini terbuka kepada pelbagai organisasi seperti kelab kereta, PIBG sekolah, persatuan penduduk, kelab surau dan masjid.

Melalui konsep “4-Step Loop”, ahli hanya perlu melakukan servis di bengkel menggunakan produk MANNOL atau CHAMPION. Selepas itu perlu memuat naik gambar botol berhologram bersama resit rasmi dan data tersebut akan disahkan oleh pihak Automaster Care. Selepas pengesahan dibuat, sumbangan dana akan terus dikreditkan ke akaun organisasi berdaftar. Dana yang terkumpul boleh digunakan untuk aktiviti komuniti, kebajikan ahli dan pembangunan kelab.

Automaster Care bukan sekadar kempen pemasaran jangka pendek sebaliknya satu platform jangka panjang yang membantu bengkel meningkatkan daya saing dan membawa aliran pelanggan secara konsisten. Pada masa yang sama, pengguna juga dapat menikmati perlindungan tambahan serta berkeyakinan tinggi setiap kali berada di jalan raya.

Melalui program ini, Automaster Care dilihat sebagai satu pendekatan baharu dalam industri automotif tempatan yang mengutamakan keselamatan, kebajikan dan nilai tambah kepada semua pihak yang terlibat. Bagi yang berminat boleh layari https://www.automaster.my/ dan pendaftaran adalah percuma untuk menjadi ahli komuniti. RR

Popular

  • Model Baru

    Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

  • Model Baru

    Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

  • Dari Litar

    Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

  • Model Baru

    Vespa Malaysia Lancar Tiga Model Baharu di AOS 2026

  • Warta Roda

    Mforce Smartshop Wei Ling Motor Sdn Bhd Sambut Ulang Tahun ke-9

Artikel berkaitan

Mforce Smartshop Wei Ling Motor Sdn Bhd Sambut Ulang Tahun ke-9

ARIIC GOBI 250 Tiba di Pengedar Mforce Smartshop Seluruh Negara

Hakim Danish, Duta Taman Tema Genting SkyWorlds

YQS Tawar Servis Berkualiti Melalui Lebih 300 Pusat Servis Yamaha

Honda Vario 160 Tampil Dengan Pilihan Warna Baharu

Royal Enfield Malaysia Perkenalkan Himalayan Mana Black Edition - Bermula RM32,700.

MODENAS Lancar Program Z15GT Care di Seluruh Negara

Mforce Smartshop Kedua di Perak

Disyorkan untuk anda
Model Baru

MORBIDELLI T250 & T250X Kini Di Pasaran

Jenama yang semakin diminati, Morbidelli dengan rasminya mengumumkan ketibaab model gaya lasak iaitu T250 dan T250X di pasaran negara.

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

LS2 perkenalkan barisan produk baharu dan bakal masuk Malaysia bermula September 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Boon Siew Honda kini memeprkenalkan versi edisi khas ADV160 yang diinspirasikan daripada watak superhero ikonik Marvel iairu Spider-Man.

Berita Kelab

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

Konvoi Kembara Road Rider Crew Taiping (RRCT) 3.0 dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-4 kelab