Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Jun 2026

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR. Berita ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike, En. Asri Ahmad di majlis perasmian Mforce Smartshop pertama di Perak beroperasi di Taiping baru-baru ini.

ZMOTO 820RR.
ZMOTO 820RR.

Beliau menyatakan, model flagship 820RR itu akan dilancarkan pada bulan September ini pada harga di bawah RM40,000. Ya...model 820RR ini menjadi tular di seluruh dunia selepas jentera versi perlumbaan iaitu 820RR-RS telah berjaya memenangi beberapa perlumbaan dalam kejuaraan WorldSBK dalam kelas World Supersport.

Valentin Debis '54' meraih beberapa kemenangan dengan jentera ZXMOTO 820RR.
Valentin Debis '54' meraih beberapa kemenangan dengan jentera ZXMOTO 820RR.

Dengan kejayaan tersebut, ramai peminat motosikal melihat model 820RR akan menjadi pencabar utama dalam pasaran sportbike yang sebelum ini dikuasai oleh jenama-jenama dari Jepun dan Eropah. Namun begitu, tidak kurang juga yang masih mempersoalkan ketahanan jangka panjang, alat ganti dan rangkaian perkhidmatan lepas jualan. Apa yang pasti, pihak ZXMOTO sentiasa bersedia untuk menangani isu tersebut dari masa ke semasa.

Spesifikasi ringkas: ZXMOTO 820RR

Enjin: Tiga silinder sebaris, DOHC 12-injap, 818.8cc
Kuasa maksimum: 133hp pada 12,000rpm
Tork maksimum: 80Nm pada 9,500rpm
Transmisi: 6 kelajuan + sistem Quick Shifter
Tangki bahan api: 18 liter
Brek hadapan: 2 x brek cakera 320mm jenis Brembo
Brek belakang: 1 x brek cakera 220mm
Berat: 175kg
Sistem Elektronik: Mod Tunggangan (Standard, Sport, Rain & Custom), Cruise Control, Quick Shifter & Traction Control.
Laju maksimum: 280km/j.

ZXMOTO 500F.
ZXMOTO 500F.
ZXMOTO 500RR.
ZXMOTO 500RR.

Untuk versi ini, ZXMOTO menawarkan tiga varian iaitu 820RR, 820RR-R dan 820RR-RS. Namun begitu, tidak dinyatakan oleh pihak Mforce varian mana yang akan dibawa masuk ke pasaran negara. Mengiringi model tersebut yang turut akan dilancarkan ialah dua lagi model menarik iaitu ZXMOTO 500RR dan ZXMOTO 500F, ditawarkan pada harga di bawah RM30,000. RR

Popular

  • Model Baru

    Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

  • Warta Roda

    Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

  • Dari Litar

    Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

  • Warta Roda

    Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

  • Dari Litar

    Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Artikel berkaitan

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Dari Litar

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Nicolo Bulega bakal membuat kemunculan dalam saingan MotoGP pada musim 2027 selepas disahkan menyertai pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team.

Warta Produk

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

DJI Malayisa rasmi perkenalkan Osmo 360 II baharu.

Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.