☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Julai 2026

Warna Baru Untuk Honda CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk model CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch yang kedua-duanya telah dinobatkan sebagai penerima angugerah Malaysian Motorcycle of the Year. Kedua-dua model ini telah membuktikan bukan sahaja dari segi prestasi enjin dan rekabentuk yang menarik tetapi juga teknologi baru (sistemm E-Clutch) yang lebih melancarkan perjalanan.

Honda CBR650R E-Clutch: Matte Gun Powder Black Metallic .
Honda CBR650R E-Clutch: Matte Gun Powder Black Metallic .

Dengan pengenalan kepada warna Matte Gun Powder Black Metallic untuk model sport, CBR650R E-Clutch dan dua lagi pilihan warna untuk model CB650R E-Clutch iaitu Matte Jeans Blue Metallic serta Candy Energy Orange pastinya memberikan lebih banyak pilihan buat peminat motosikal di seluruh negara.

Honda CBR650R E-Clutch: Matte Gun Powder Black Metallic.
Honda CBR650R E-Clutch: Matte Gun Powder Black Metallic.

Info: Apa dia E-Clutch ni sebenarnya? Ringkasnya, E-Clutch ini adalah sistem yang 'automatikkan' fungsi klac (clutch) – tapi bukan macam skuter CVT atau DCT. Ia masih menggunakan sistem transmisi 6-kelajuan, tapi kita dah tak perlu tarik clutch langsung sewaktu proses penukaran gear - naik atau turun. Bila nak berhenti pun, enjin motor ini tak akan mati walaupun kita tak tarik clutch. Pendek kata, E-Clutch, kita boleh menggunakan semua gear tanpa perlu gunakan tuas klac - macam motosikal biasa.

Honda CB650R E-Clutch: Candy Energy Orange.
Honda CB650R E-Clutch: Candy Energy Orange.
Honda CB650R E-Clutch: Matte Jeans Blue Metallic.
Honda CB650R E-Clutch: Matte Jeans Blue Metallic.

Honda CBR650R dan CB650R dijana dengan enjin Euro5 yang bersesaran 649cc, empat silinder, 16-injap dengan sistem penyejuk cecair dan mampu menghasilkan kuasa maksimum 70kW pada 12,000rpm dan tork 63Nm pada 9,500rpm.  Antara yang menarik pada model ini saspensi hadapan USD jenis Showa SFF-BP, monoshock boleh laras, tinggi pelana 810mm, berat 211kg (CBR650R), berat 207kg (CB650R), tangki bahan api 15.5 liter, Assist & Slipper Clutch dan sistem ABS dua saluran.

Harga asas untuk model CBR650R E-Clutch ialah RM49,999 manakala untuk CB650R E-Clutch pula ialah RM47,999. Dengan setiap pembelian, para pelanggan akan menerima waranti kilangUntuk melihat dengan lebih dekat, kunjungi wakil-wakil Honda Big Wing yang berdekatan dengan anda bermula daripada 6hb Julai 2026!

RR telah pun menunggang uji kedua-dua model ini dan para pembaca boleh melawat terus ke http://www.rodaroda.my/articles/pandu-uji/3851/clutchless....stressless.-honda-cbr650r-cb650r-e-clutch-memang-best untuk info yang lebih terperinci. RR

Popular

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

  • Warta Roda

    Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

  • Model Baru

    Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

  • Pandu Uji

    Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

  • Warta Roda

    Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Artikel berkaitan

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dari Litar

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) melakukan kebangkitan luar biasa dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 apabila muncul juara GP San Marino

Warta Roda

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Grachaw telah melancarkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam dengan menampilkan tiga daripada Mobile Suit paling popular dalam siri itu khas buat para penunggang dan pengumpul produk-produk Gundam.

Model Baru

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Letbee Nomad 350 dikatakan bakal masuk Malaysia pada 2027?