☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Julai 2026

CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor Dirasmikan

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. selaku pengedar rasmi jenama CFMOTO di Malaysia merasmikan pembukaan CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor yang diuruskan oleh G.C. Ann Motor Enterprise Sdn. Bhd.. Pembukaan pusat jualan dan servis ini mencerminkan komitmen Mforce dalam memperluaskan akses pelanggan kepada produk serta perkhidmatan premium CFMOTO di negara ini terutama bagi penduduk Kuala Selangor dan sekitarnya.

Terletak di No. 8 & 10, Jalan Melati 3/1, Bandar Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor, pusat pameran eksklusif ini menawarkan pengalaman menyeluruh kepada peminat motosikal menerusi ruang pameran berhawa dingin yang menampilkan pelbagai model terkini CFMOTO, menyediakan khidmat jualan, servis selepas jualan, alat ganti tulen dan aksesori rasmi bagi memenuhi keperluan pelanggan. Selain itu, CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor ini juga turut menawarkan ruangan untuk motosikal elektrik iaitu ZEEHO. 

Dengan pembukaan pusat ini, pelanggan di Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya kini boleh menikmati perkhidmatan yang lebih mudah dan menyeluruh dalam satu lokasi. Kehadiran CFMOTO Flagship Store ini juga dijangka mengukuhkan lagi keyakinan pengguna terhadap jenama CFMOTO yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penunggang tempatan menerusi barisan motosikal berprestasi tinggi dan teknologi moden.

CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu pada jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Bagi yang ingin mencari motosikal jenama CFMOTO dan juga ZEEHO dijemput hadir sendiri untuk melihat dengan lebih dekat model-model terkini di pasaran serta mendapatkan khidmat nasihat daripada tenaga jualan yang berpengalaman. RR

Popular

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

  • Warta Roda

    Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Artikel berkaitan

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dari Litar

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan moto3 dalam GP San Marino di tempat ke-12

Warta Roda

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

Segmen kapcai 150cc di Malaysia dijangka menjadi lebih menarik tahun depan?