☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 November 2026

Boon Siew Honda Bantu 193 Murid SK Nibong Tebal Menerusi Program Ride to Reach

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) meneruskan komitmennya dalam menyokong pembangunan generasi muda menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) utamanya iaitu Ride to Reach. Program kali ini memberi manfaat kepada 193 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nibong Tebal, Pulau Pinang menerusi sumbangan pelbagai kemudahan pembelajaran.

Mengangkat tema Ride to Reach: Supporting Our Youth for The Future, inisiatif ini bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada murid untuk menimba ilmu, meneroka perkara baharu serta meningkatkan keyakinan diri. BSH berharap usaha berkenaan dapat membantu murid mengenal pasti minat masing-masing, mengembangkan kemahiran dan membina asas yang lebih baik untuk masa depan.

Menerusi program ini, BSH telah menyumbangkan 15 unit komputer riba, buku, alat tulis dan rak buku bagi menyediakan sudut bacaan khas di sekolah berkenaan. Kemudahan tersebut diharap dapat melengkapkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah sambil memberi peluang kepada murid menggunakan teknologi digital dan mendapatkan bahan bacaan tambahan.

Pada masa yang sama, kakitangan Honda turut meluangkan masa bersama murid menerusi beberapa aktiviti pembelajaran interaktif. Antaranya adalah demonstrasi penggunaan komputer riba secara praktikal dan aktiviti membaca dan pembelajaran di sudut bacaan yang disediakan.

Sesi berkenaan dirancang bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami. Para murid turut diberi pendedahan tentang bagaimana penggunaan teknologi dan bahan bacaan boleh membantu mereka mendapatkan pengetahuan baharu di luar pembelajaran dalam kelas.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Pentadbiran BSH dan Pengerusi Ride to Reach, En. Rosidan Haron bersama Ketua Pegawai Pembuatan dan Pembelian BSH dan Timbalan Pengerusi Ride to Reach, En. Koji Nishimura.

"Kami amat berbesar hati dapat berkongsi peluang pembelajaran bersama murid SK Nibong Tebal. Pendedahan kepada kemudahan digital dan bahan bacaan diharap dapat mendorong mereka untuk terus meningkatkan kemahiran diri dalam pembelajaran. BPihak BSH percaya kepada prinsip The Power of Dreams iaitu peluang kecil mampu mencetuskan impian dan cita-cita yang lebih besar,"kata En. Rosidan Haron.

Sejak diperkenalkan pada Mei 2025, program Ride to Reach menjadi antara usaha BSH untuk mendekati masyarakat menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Selain pendidikan keselamatan jalan raya, program ini turut merangkumi bantuan ketika bencana banjir, sokongan penyelenggaraan motosikal dan aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif di SK Nibong Tebal pula memperluaskan usaha berkenaan kepada bidang pendidikan bagi membantu membentuk potensi generasi akan datang.

Dengan slogan We Care. We Serve. We Reach., Boon Siew Honda akan terus memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lambretta Kota Bharu Dirasmikan

  • Model Baru

    Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Artikel berkaitan

Lambretta Kota Bharu Dirasmikan

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lambretta Kota Bharu Dirasmikan

Jenama Lambretta di Malaysia terus kukuh menerusi pembukaan rasmi bilik pameran baharu di Kota Bharu.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Dari Litar

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.