☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Julai 2026

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Suasana di KEV Advenduro Park, Gamuda Gardens pada 4hb hingga 5hb Julai 2026  bertambah meriah apabila perlumbaan Advenduro-X berlangsung bersempena Moto Test Fest 2026 yang menghimpunkan pelumba sukan permotoran lasak dan peminat motosikal di Malaysia.

Advenduro-X merupakan perlumbaan sukan permotoran lasak yang mendapat pengiktirafan daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM) bagi memastikan perlumbaan dijalankan mengikut piawaian pertandingan yang ditetapkan. Setiap peserta yang mengambil bahagian juga diwajibkan memiliki lesen perlumbaan MAM yang sah.

Pada sesi pagi sebelum perlumbaan bermula, semua peserta menjalani sesi pemeriksaan teknikal motosikal serta kelengkapan keselamatan menunggang. Selain itu, proses penampalan pelekat nombor perlumbaan turut dilakukan sebelum ke sesi taklimat keselamatan dan perlumbaan.

Bagi memastikan keputusan perlumbaan direkodkan dengan tepat, setiap motosikal dipasang dengan alat transponder. Kedudukan pelumba ditentukan berdasarkan catatan masa terpantas yang direkodkan sepanjang perlumbaan.

Advenduro-X mempertandingkan dua kategori iaitu Adventure serta Enduro dan acara dibahagikan kepada Perlumbaan 1 pada hari Sabtu dan Perlumbaan 2 pada hari Ahad. Perlumbaan menggunakan litar sepanjang 4.8 kilometer bagi setiap pusingan yang menawarkan pelbagai cabaran teknikal. Antara halangan yang perlu ditempuhi ialah laluan berbatu, halangan tayar, laluan berbukit, merentasi sungai serta trek hutan yang mencabar kemahiran dan ketahanan setiap pelumba.

Saingan pada hari Sabtu merupakan perlumbaan Sprint di mana kategori Adventure perlu melengkapkan enam pusingan manakala Enduro mempunyai lapan pusingan. Perlumbaan 1 di mulakan dengan laluan berbatu dan halangan tayar para pelumba meneruskan perjalanan ke seksyen-seksyen teknikal yang lain.

Dalam perlumbaan 2 pula pihak penganjur mengekalkan laluan yang sama namun mengubah arah perlumbaan. Kali ini peserta memulakan cabaran melalui trek hutan sebelum meneruskan ke halangan-halangan lain untuk memberikan pengalaman perlumbaan yang berbeza walaupun menggunakan litar yang sama. Bagi kategori Enduro, jumlah pusingan adalah 10, manakala kategori Adventure kekal dengan enam pusingan.

Bagi keputusan perlumbaan Sprint, kategori Adventure menyaksikan Muhammad Fareez muncul juara diikuti Ahmad Bin Bahari di tempat kedua dan Mohd Azizan Adam di kedudukan ketiga. Untuk kategori Enduro pula, giliran Ahmad Bin Bahari pula menamatkan perlumbaan di tempat pertama manakala Muhammad Fareez  di tangga kedua dan Mohd Azizan Adam di tempat ketiga.

Sementara itu perlumbaan utama pada hari kedua, Muhammad Fareez sekali lagi mengungguli kategori Adventure diikuti Mohd Azizan Adam di tempat kedua dan Chan Guan Soon berada di kedudukan ketiga. Bagi kategori Enduro pula, Muhammad Fareez turut muncul juara dan diikuti Ahmad Bin Bahari serta Mohd Azizan Adam yang masing-masing melengkapkan kedudukan kedua dan ketiga.

Selain aksi perlumbaan, Moto Test Fest 2026 turut menjadi tumpuan pengunjung dengan menawarkan peluang kepada orang ramai untuk mencuba pelbagai model motosikal daripada pelbagai jenama terkenal.

Acara yang berlangsung di tempat yang sama menghimpunkan peminat motosikal, bakal pembeli dan penggemar sukan permotoran lasak dalam satu lokasi.

Antara jenama motosikal yang menawarkan sesi tunggang uji secara percuma ini adalah Yamaha, KOVE, Harley-Davidson, Triumph, Aprilia, Vespa, Royal Enfield, KTM, Lambretta dan Thunder Motorcycles. Pengunjung berpeluang menguji pelbagai model daripada segmen adventure, skuter, moped, naked, touring, cruiser dan sportbike supaya dapat membantu mereka membuat perbandingan sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

Untuk sesi tunggang uji, para peserta perlu melalui ujian di laluan jalan raya serta laluan off-road (bagi motosikal kategori adventure). Laluan off-road sememangnya menawarkan cabaran tersendiri apabila peserta perlu mengharungi permukaan jalan yang tidak rata, sedikit berlumpur serta kawasan berbukit, sekali gus menguji keupayaan motosikal dalam pelbagai keadaan permukaan.

Bagi ujian di atas jalan raya pula, peserta berpeluang merasai sendiri tahap pengendalian, kestabilan dan prestasi setiap jentera ketika melalui laluan berselekoh mahupun jalan lurus, sekali gus memberikan gambaran sebenar mengenai karakter motosikal yang ditunggang.

Penganjuran AdvenDuro-X dan Moto Test Fest 2026 membuktikan sambutan terhadap aktiviti motosikal lasak serta adventure terus berkembang di Malaysia. Gabungan perlumbaan kompetitif serta peluang tunggang uji pelbagai model motosikal menjadikan acara ini sebagai tempat terbaik untuk menghubungkan pelumba, penjual dan komuniti peminat motosikal dalam satu lokasi. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Model Baru

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan teknologi Honda E-Clutch kepada tiga lagi modeluantuk pasaran Malaysia iaitu Honda NX500, CB750 dan Transalp.