☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Julai 2026

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

Empat individu disahkan maut manakala beberapa lagi mengalami kecederaan selepas satu kemalangan tragis membabitkan sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RX-Z dan sebuah kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran Kampung Padang Landak, Besut, pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika konvoi motosikal berkenaan sedang dalam perjalanan sebelum salah seorang peserta konvoi terlanggar belakang sebuah kereta di lorong kanan.  Akibat itu, mangsa terjuh di lorong kanan dan menyebabkan beberapa penunggang yang lain tidak sempat mengelak dan berlanggar sesama sendiri.

Pasukan penyelamat bersama anggota polis bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan bagi menjalankan operasi menyelamat serta mengawal keadaan di tempat kejadian. Empat mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah, manakala beberapa lagi yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut.

Kejadian tersebut turut menyebabkan aliran trafik di laluan berkenaan sesak selama beberapa jam sementara kerja-kerja mengalihkan kenderaan dan membersihkan lokasi dijalankan. Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran turut membantu sebelum pasukan keselamatan tiba di lokasi.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan, termasuk mendapatkan keterangan daripada saksi serta meneliti rakaman kamera papan pemuka (dashcam) jika ada. Kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Insiden berkenaan sekali lagi menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan meningkatkan tahap kewaspadaan serta memastikan setiap perjalanan dilakukan secara berhemah bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini. RR

Sumber artikel: https://www.hmetro.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Model Baru

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

Pasaran motosikal negara hari ini menerima kehadiran 'player' terbaru apabila Marshal Moto membuka tirai pasaran dengan menampilkan dua model cruiser yang cukup mantap iaitu Marshal XS250 dan Marshal Toughman 800.

Warta Roda

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Modenas Z15GT tampil dengan dua warna baharu dan 7 penambahbaikkan.