☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Februari 2016

Pusat Servis Benelli Keeway Pertama Di Malaysia

Untuk terus mengembangkan sayapnya Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) dengan bangganya telah merasmikan Pusat Servis pertama syarikat mereka di Malaysia. Hari yang penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar BKM, En. Low Kin Yong, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar BKM, En. Wan Najib Wan Daud dan Pengarah Urusan Kedai Motosikal Tenaga, En. Chua Tzi Kian.

Kedai Motosikal Tenaga yang telah beroperasi hampir 10 tahun ini terletak di Jalan Sembilang, Taman Tenaga, Cheras menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang sama seperti mana yang terdapat di Pusat Pameran dan Servis BKM Jalan Ipoh. Ia beroperasi setiap hari kecuali Ahad bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

“BKM amat menghargai dan mengucapkan tahniah kepada Kedai Motosikal Tenaga yang sama-sama menjayakan visi dan misi kami dalam menyediakan kemudahan menyeluruh kepada pemilik motosikal Benelli dan Keeway di sekitar Kuala Lumpur. Kemungkinan besar selepas pusat servis ini, kami akan meneroka lebih banyak peluang dengan pengedar-pengedar BKM di seluruh negara nanti,” kata En. Wan Najib.RR

Isu Pada

Mac 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.