☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Julai 2018

BMW R 1200 GS & R 1200 GSA 2018: Dengan Paparan TFT-Connectivity Serba Baru

BMW R 1200 GS/GSA merupakan antara jentera pengembaraan yang paling berpengaruh dan popular di seluruh dunia. Untuk pasaran Malaysia, model ini turut mendapat kepercayaan dari komuniti pengembara motosikal dengan jumlah penjualan pada tahun 2017 yang cukup memberangsangkan. Selain memiliki daya tahan yang tinggi, R 1200 GS/GSA adalah sebuah mesin yang selesa, selamat, tangkas dan bergaya. Kelibatnya di atas jalan raya sentiasa memberikan keterujaan buat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Untuk terus menawarkan ciri-ciri terbaik dan moden buat para pencinta BMW khususnya, model R 1200 GS/GSA terkini hadir dengan paparan digital jenis TFT - Connectivity yang dicipta cukup bijak. Meter digital jenis TFT atau Thin Film Transistor ini bersaiz 6.5 inci, penuh berwarna dan cukup jelas walaupun di bawah sinar matahari pada waktu siang seperti mana yang kita lihat di paparan telefon pintar, televisyen pintar, komputer riba dan komputer. Untuk BMW R 1200 GS/GSA, ia direka untuk memudahkan pengendalian dan talaan mengikut kemahuan setiap penunggangnya.

Dengan pembaharuan yang dilakukan pada BMW Motorrad Multi-Controller (terletak di sebelah kiri hendal), setiap kawalan dan pilihan dapat dilakukan dengan mudah walaupun ketika sedang menunggang. Menerusi paparan TFT ini, kita bukan hanya dapat melihat segala paparan biasa tetapi juga telah dilengkapkan dengan pelbagai maklumat yang lebih terperinci seperti tahap tekanan tayar, pemilihan saspensi, tahap kekuatan bateri dan lain-lain. Ia juga didatangkan dengan beberapa varian paparan berbeza seperti 'Adventure' dan 'Urban'.

Model baru ini turut diperkenalkan ialah BMW Motorrad Communication System yang membolehkan kita berhubung dengan paparan TFT ini menggunakan topi keledar (yang dilengkapkan dengan Bluetooth) dan telefon pintar. Setelah berhubung, paparan TFT akan berfungsi sebagai alat untuk mendengar muzik, menerima/membuat panggilan telefon dan bagi para pelanggan yang memuat naik aplikasi BMW Motorrad Connected secara percuma, panel TFT ini akan memaparkan anak panah navigasi asas yang sesuai untuk tunggangan harian. Untuk navigasi pengembaraan lebih tepat, BMW Motorrad Navigator adalah pilihan yang sesuai.

Untuk model R 1200GS dan R 1200 GSA dengan paparan TFT, hanya 96 unit yang dibawa masuk dan sedia untuk dipasarkan. Harga asas untuk model GS ialah RM102,761.04 manakala harga untuk model GSA ialah RM113,138.40. Dengan adanya 10 buah pengedar di seluruh negara serta pemansuhan cukai barang GST pada 1 Jun lalu, pihak BMW amat positif jentera ini bakal mendapat sambutan yang cukup hangat di kalangan para pencinta motosikal pengembaraan. Seperti yang dikatakan oleh pihak BMW Motorrad Malaysia, inilah masa yang paling sesuai untuk memiliki GS dan GSA baru ini memandangkan jumlahnya yang terhad.

Antara pusat pengedar rasmi BMW Motorrad ialah Chear Motorrad Sdn Bhd yang terletak di No.84 Jalan Suria Puchong 1, Pusat Perniagaan Suria Puchong 47100 Puchong yang beroperasi pada setia hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. RR

Isu Pada

Julai 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.