☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Ogos 2018

Bangkok Destinasi Pilihan Pengedar Terbaik FKR

Pada 16 hingga 19 Mei lalu, seramai 85 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pengedar FKR telah menghadiri majlis Konvensyen Pencapaian Terbaik 2018 yang telah diadakan di Bangkok Thailand. Sempena acara tersebut, para pengedar telah diraikan selama empat hari dengan mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan dan berkesempatan mengunjungi banyak tempat-tempat menarik.

Pada hari pertama di sana, mereka dibawa mengunjungi kilang tayar motosikal FKR yang beroperasi di Ban Bueng District, Chon Buri 20220, Thailand untuk melihat dengan lebih dekat proses pembuatan tayar dan alat kemudahan di kilang tersebut.

Keesokan harinya para pengedar FKR dibawa ke Damnoen Saduak Floating Market atau Pasar Terapung Damnoen Saduak yang merupakan antara destinasi pelancongan yang popular di Thailand. Peniaga wanita menarik minat para pelancong dengan mengenakan pakaian tradisional mereka iaitu Mo (baju petani biru) dengan topi jerami yang luas (Ngob). Para peniaga ini menggunakan sampan untuk menjual barangan mereka yang dibawa terus dari ladang seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni. Tidak hairanlah mengapa tempat ini sentiasa menjadi pilihan jurugambar yang ingin mendapatkan imej-imej untuk tujuan promosi.

Pasar tersebut mula sibuk dan sangat meriah bermula seawal 7.00 pagi hingga 9.00 pagi. Proses pelbagai jenis urusniaga terus aktif hinggalah ke tengah hari. Pasar terapung ini terdiri daripada tiga pasar kecil iaitu Ton Khem, Hia Kui, dan Khun Phitak. Ton Khem adalah pasar terbesar dan berada di Khlong Damnoen Saduak.

Majlis 'FKR Top Achiever Convention 2018' pada malam itu dimulakan dengan menjemput Pengarah Urusan kumpulan En. Chaiyasit dan Pengarah Urusan FKR En. Pornpoj untuk menyampaikan anugerah Platinum Award kepada pengedar-pengedar yang mendapat pencapaian jualan tertinggi tahun ini. Majlis turut menjemput Pengurus Besar FKR Marketing Sdn. Bhd En, Wong Fee Che dan ditemani oleh Pengurus Jualan National, En. Lee Yew Wah untuk menganugerahkan Top Achiever Award kepada mereka yang mencapai sasaran jualan.

Pada hari ketiga, percutian disambung dengan mengunjungi Ayutthaya atau nama penuhnya Phra Nakhon Si Ayutthaya yang merupakan sebuah bandar gabungan purba dan moden di Central Plains of Thailand. Terletak sekitar 85 kilometer ke utara Bangkok dan merupakan ibu kota wilayah ini. Selain itu mereka juga dibawa mengunjungi tempat-tempat yang menarik seperti Wat Mahathat, Wat Phra Sisanphet yang juga dikenali dengan nama 'Temple of the Holy. Splendid Omniscient' adalah kuil paling suci di tapak Istana Kerajaan lama di ibu kota purba Ayutthaya sehingga bandar ini telah dimusnahkan sepenuhnya oleh Burma pada tahun 1767. Ia juga adalah kuil yang paling indah di ibu negara dan ia berfungsi sebagai model untuk Wat Phra Kaeo di Bangkok.

Seterusnya, mereka dibawa ke pusat membeli-belah, Asiatique yang terletak di bandaraya Bangkok. Menariknya pasaraya tersebut kerana ia menghadap Sungai Chao Phraya dan Jalan Charoen Krung. Pada malam terakhir di Thailand, mereka kemudiannya dibawa menikmati makan malam yang cukup istimewa di Chaopraya Princess Cruise. RR

Isu Pada

Ogos 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.