Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 September 2018

Art of Speed 2018

Art Of Speed (AOS) merupakan acara tempatan Ol-Skool dan Kustom Kulture Malaysia khusus untuk para peminat kenderaan empat dan dua roda. AOS merupakan platform terbaik buat para pencinta dunia kustom motosikal dan kereta untuk memaparkan kreativiti masing-masing. Pelbagai pertandingan yang melibatkan para pencinta kenderaan binaan khas datang dari dalam mahu pun luar negara telah berlangsung dengan sempurna sekali.

Honda C70 ini direka serba baru yang menampilkan gaya cukup ranggi!
Honda C70 ini direka serba baru yang menampilkan gaya cukup ranggi!

Ribuan para peminat dunia kustom sangat gembira kerana Art Of Speed 2018 buat kali ketujuh yang diadakan pada hujung bulan Julai lalu telah mendapat sambutan yang cukup meriah sekali. Acara ini telah merekodkan seramai 45,000 pengunjung untuk dua hari penganjuran. AOS juga menjadi saat terbaik buat para pengedar motosikal khususnya memperkenalkan barisan jentera terbaru di hadapan para tetamu yang hadir.

Para peserta AOS Invitation Bike Build Off 2018 bersama wakil PETRONAS & penganjur.
Para peserta AOS Invitation Bike Build Off 2018 bersama wakil PETRONAS & penganjur.

Para peminat dunia motosikal dan kereta turut berpeluang untuk bertemu dengan tetamu khas antarabangsa yang hadir dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia. Acara AOS buat kali ketujuh ini juga telah mengadakan satu pertandingan khas iaito AOS Invitational Bike Build Off 2018 dikuasakan oleh PETRONAS yang telah menyaksikan lapan pembina khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000 ( kategori pemilihan juri) dan RM5,000 (kategori pemilihan awam).

Terdapat dua buah dewan yang digunakan dalam acara ini yang memuatkan pelbagai jenis jentera dua dan empat roda yang kesemuanya mempunyai keunikan masingmasing. Dewan A mempunyai keluasan 150,000 meter persegi merupakan pusat pameran kenderaan kustom dan aktiviti, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C berkeluasan 50,000 meter persegi pula menempatkan pelbagai jenis kereta yang telah diubahsuai.

Kawasaki memilih suasana penuh kemeriahan untuk memperkenalkan jentera baru mereka, Ninja 250.
Kawasaki memilih suasana penuh kemeriahan untuk memperkenalkan jentera baru mereka, Ninja 250.
Jentera Honda sentiasa menarik hati sejak dari dahulu hingga kini.
Jentera Honda sentiasa menarik hati sejak dari dahulu hingga kini.

Ruang pameran Kawasaki padat dengan para tetamu yang hadir. Ada yang ingin membeli produk yang ditawarkan dan ada yang sekadar ingin bergambar dengan motosikal idaman mereka. Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd juga telah mengambil kesempatan untuk melancarkan model terbaru mereka iaitu Kawasaki Ninja 250.

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mempertontonkan dua model baru iaitu motosikal Honda mini Monkey dan C125 Super Cub yang didatangkan dengan rekaan dari era 70an serta dibangunkan semula untuk era zaman kini. Selain itu, terdapat juga beberapa jenterajentera Honda yang telah diubahsuai dengan cukup unik, model terkini Honda CB1000R dan CB250R untuk tontonan para peminat motosikal. BSH juga turut menyediakan permainan video MotoGP yang mendapat sambutan sangat hebat.

Pengedar rasmi motosikal Ducati Malaysia, Next Bike Sdn Bhd telah menerima kunjungan yang cukup ramai. Ducati turut memperagakan ruang pameran mereka dengan pakaian menunggang, aksesori, baju-T dan beberapa model hebat seperti Scrambler Ducati Desert Sled dan Café Racer. Pada hari pertama, Ducati Malaysia telah memeriahkan acara AOS dengan memperkenal jentera terbaru iaitu Scrambler Ducati 1100 yang hadir dalam dua varian istimewa iaitu Special dan Sport.

Tahun ini, Royal Enfield Motorcycles Sdn Bhd juga tidak ketinggalan untuk hadir mengujakan para pengunjung dengan membarisi beberapa model keluaran mereka. Antara model-model yang menarik perhatian ramai ialah Himalayan, Classic 500, Classic 350, Bullet 500 dan Bullet 350. Ramai tetamu tidak melepaskan peluang singgah ke tapak pameran mereka untuk melihat jentera-jentera Royal Enfield.

Royal Enfield mempamerkan jentera-jentera baru mereka terutamanya Himalayan.
Royal Enfield mempamerkan jentera-jentera baru mereka terutamanya Himalayan.

Pembuat barangan aksesori motosikal, GIVI Asia Sdn Bhd berjaya mengamit ribuan pengujung ke tapak promosi mereka. Seperti biasa, bas promosi bergerak iaitu The Red Explorer bukan sahaja menarik perhatian ramai dengan warna merah yang cukup gah tetapi juga ia mempamerkan pelbagai produk-produk keluaran syarikat ini. Terbukti, GIVI antara pengeluar produk motosikal yang paling popular di kalangan penunggang motosikal di Malaysia.

The Red Explorer megah dengan tawaran-tawaran yang cukup hebat!
The Red Explorer megah dengan tawaran-tawaran yang cukup hebat!

Pelbagai aktiviti yang dijalankan menarik minat ribuan pengunjung.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan menarik minat ribuan pengunjung.

Antara para pengeluar lain yang juga turut memberi sokongan pada penganjuran kali ini ialah Triumph Malaysia, Motul dan pengumpul motosikal kustom persendirian. Selain dengan pameran kustom motosikal dan kereta, para pengunjung AOS berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan melukis, pertandingan mewarna, permainan papan lucur yang dihoskan oleh House Of Vans, membuat rekacorak topi keledar, menjual baju-t, menggunting rambut, penjualan topi keledar, aksesori motosikal, pakaian menunggang, pameran koleksi kereta mainan hotwheels, pertandingan BMX, motosikal vintage, trak makanan, gerai jualan dan pelbagai lagi.

Kemuncak acara AOS 2018 pastinya majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan AOS Invitational Bike Off 2018 yang menampilkan keputusan dengan menyaksikan juara bertahan tahun 2017 sekali lagi menang untuk tahun ini dalam kedua-dua kategori (Pilihan Juri dan Pilihan Awam) iaitu Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory. Terdapat dua cabutan bertuah harian pada hari Sabtu dan Ahad. Tahniah buat En. Shamsudin Yakob yang memenangi pakej berbayar untuk melawat The 27th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2018. Manakala acara cabutan bertuah pada hari Ahad dimenangi oleh Mohamad Nasrudin Abdullah yang membawa pulang sebuah motosikal kustom C600R Streetcub ciptaan khas FNG Works.

Mohd Nasrudin (tengah), pemenang cabutan bertuah.

Muzik merupakan elemen penting dalam cara Art Of Speed, tahun ini para pengunjung AOS telah dihiburkan dengan nyanyian mantap dari dua buah kumpulan iaitu Fox Wanna Fly dan Plague Of Happiness. Kumpulan Bittersweet yang telah menutup tirai acara AOS 2018 pada hari Ahad dengan penuh bergaya.

Honda C600R Streetcub, hadiah cabutan bertuah di AOS 2018.
Honda C600R Streetcub, hadiah cabutan bertuah di AOS 2018.

Selepas tujuh kali acara ini dianjurkan, kita dapat melihat para pencinta motosikal tempatan semakin kreatif membina jentera-jentera kustom. Diharap pada penganjuran akan datang AOS akan terus maju dan mengumpulkan lebih ramai lagi para pencinta dunia kustom dari pelbagai negara, latarbelakang dan bangsa. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Pelajar Maut

Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi selepas terbabit kemalangan di Kilometer (KM)43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini pada Ahad.

Warta Roda

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

MODENAS melancarkan skuter maksi Modenas Elegan EX facelift yang tampil dengan rekaan estetik serta ciri-ciri moden terkini.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.