☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Jun 2020

BMW Motorrad Malaysia Perkenal Lanjutan Waranti dan Program Bateri Istimewa

BMW Motorrad Malaysia terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan memperkenalkan program lanjutan waranti buat jentera-jentera BMW, tawaran bateri harga baru beserta dengan lanjutan waranti bertempoh lima tahun bagi topi keledar BMW.

“Menuju ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), peminat motosikal kini dibenarkan berkonvoi termasuk perjalanan yang merentasi sempadan negeri. BMW Motorrad Malaysia akan memastikan para penunggang menikmati pengalaman hebat sebagai pemilik dan berharap agar ia dapat memenuhi segala keperluan khususnya pada detik ini,” kata En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia.

Bagi para pelanggan yang warantinya luput di antara 18 Mac 2020 hingga 1 Jun 2020, BMW Motorrad Malaysia telah melanjutkan perlindungan waranti sehingga 1 Julai 2020 tanpa ada perubahan dalam terma dan syarat waranti yang asal. Untuk memudahkan para pemilik yang menghadapi masalah bateri khususnya ketika pelaksanaan PKP, pihak BMW Motorrad turut menawarkan kempen harga istimewa untuk bateri dan alat pengecas. Kempen ini dijalankan hingga 10 Julai 2020.

Bagi pemilik topi keledar BMW pula, waranti asal bertempoh dua tahun juga akan diberi penambahan jangka masa sehingga lima tahun. Waranti ini meliputi kerosakan material dan kecatatan pembuatan. Waranti untuk topi keledar ini tidak merangkumi sistem komunikasi BMW Motorrad, rosak akibat kemalangan, penjagaan kurang baik, pemasangan sistem dan aksesori oleh pihak ketiga, wear & tear, calar pada visor, visor matahari serta komponen plastik. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.