☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2017

Passion Shop Tempat Rehat & Berkumpul Untuk Para Bikers

Tahniah buat South East Asia Autoparts Sdn Bhd (SEA) di atas inisiatif mereka untuk berkongsikan satu ruang yang cukup besar, cantik dan selesa khusus buat para penunggang motosikal untuk berkumpul, bersantai, mengadakan mesyuarat, klinik latihan motosikal dan macam-macam lagi. Passion Shop Malaysia, itulah namanya! Ia terletak di No. 256 Jalan Sultan Azlan Shah, (Jalan Ipoh) 51200 Kuala Lumpur.

Dari kiri: En. On Hai Swee, Zulfahmi Khairudin, En. On Seng Gee dan En. On Thiam Chai.
Dari kiri: En. On Hai Swee, Zulfahmi Khairudin, En. On Seng Gee dan En. On Thiam Chai.

Sebagai pengedar rasmi Pirelli, SEA telah mewarnai dan menghiasi ruang-ruang di dalam Passion Shop Malaysia ini dengan rekacorak, poster, ruang rehat, ruang menonton dan sebuah bilik khas untuk sesi latihan teori atau mesyuarat yang boleh menempatkan kira-kira seramai 20 orang. Paling mengujakan ialah, pihak SEA tidak menjual apa-apa barangan atau produk di sini termasuklah wi-fi, air minuman dan makanan ringan – semuanya percuma untuk para penunggang motosikal.

“Pirelli juga akan anjurkan klinik dan sesi latihan teori yang berkaitan tayar untuk para penunggang motosikal. Sebarang jemputan dan maklumat seperti tarikh penganjuran sesi latihan atau kelas teori akan diwar-warkan melalui media sosial. Menerusi aktiviti ini, kami di Pirelli berharap agar para penunggang motosikal dapat mengetahui selok belok tayar yang mereka gunakan. Pengetahuan ini amat penting agar kita dapat menunggang dengan seronok dan selamat,” kata En. On Seng Gee, Pengarah Urusan South East Asia Autoparts Sdn Bhd.

Bagi syarikat, kelab-kelab dan kumpulan motosikal boleh menempah bilik mesyuarat tersebut tanpa sebarang bayaran. Ya....percuma! Passion Shop Malaysia dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu, 9.00pagi hingga 6.00petang. Untuk mendapatkan tarikh dan slot yang diingini, bolehlah hubungi 012-3231598. Memang selesa lepak sini... RR

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.