Awal tahun ini, bertempat di hadapan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, satu pelancaran Program Community Policing Konvoi Bermotosikal Jelajah Johor 2016 telah dianjurkan. Tepat jam 8.00 pagi pelepasan konvoi berjaya disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Muar, Assistant Commissioner Azman Ayob.
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya pada 28 Januari lalu dengan tujuan untuk memberikan pendedahan khususnya kepada pengguna motosikal betapa pentingnya tunggangan yang berhemah sewaktu berada di jalan raya.
Baru-baru ini para pemilik Honda CBR menganjurkan perjumpaan CBR-RR Malaysia buat kali ketiga sejak ianya mula diadakan pada tahun 2013. Tujuan mengadakan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli lama dan baru yang sebelum ini hanya dikenali dalam alam maya.
Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah merasmikan Smart Shop terbaru mereka yang kini terletak di Butterworth, Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada Syarikat KB Soon Huat Motor Sdn Bhd selepas menerima pengiktirafan sebagai salah satu daripada lima SYM Smart Shop di negara ini.
Demi memberi kesedaran betapa pentingnya memandu secara berhemah dan langkah terbaik sebelum meninggalkan rumah masing-masing, Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Selangor telah menganjurkan Op Selamat bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016 pada 1 Februari lalu dengan slogan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi'.