Kita tidak boleh nafikan bahawa rantai pacuan motosikal kita merupakan antara komponen yang terpenting, kerana ke manalah motosikal kita akan bergerak jika tiada rantai (seperti juga tali sawat atau shaf pacuan). Oleh kerana rantai ini dipacu oleh kuasa enjin serta perlu menyerap daya-daya yang amat kuat, ia akan haus lambat-laun nanti.
Masih ramai yang hanya memakai topi keledar tanpa pakaian pelindung yang lain, mentang-mentanglah kerana pemakaian topi keledar diwajibkan oleh undang-undang. Malah kebanyakan juga berpakaian yang tidak selamat serta terdedah kepada risiko bahaya di jalan raya.