☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 September 2023

Harley-Davidson X210 Sedang Dibangunkan

Harley-Davidson X210 dilaporkan sedang dibangunkan setelah model X440 mendapat sambutan yang hangat di India dengan 25,000 tempahan di dalam hanya sebulan! Oleh itu, model yang lebih kecil dirasakan akan mendapat pasaran yang lebih besar lagi di negara itu.

Majalah permotoran di sana, Rush Lane telah terserempak dengan sebuah prototaip yang sedang diuji di atas jalan. Menurut mereka, rekabentuk model X210 ini kelihatan sama dengan X440 tetapi dengan enjin yang jauh lebih kecil. Ia mungkin akan menggunakan enjin Karizma XMR 210 yang dibuat oleh Hero MotoCorp. Hero merupakan rakan usahasama Harley-Davidson di negara itu.

Jika ia menggunakan enjin itu, ia sebuah unit silinder tunggal dengan penyejukan udara, dan menghasilkan 25hp dan 19Nm.

Tetapi bagaimana pula dengan Harley-Davidson X250? Model itu khusus untuk pasaran China. Segmen 200cc merupakan segmen yang amat popular di India dan oleh itu adanya motosikal-motosikal seperti Bajaj (Modenas) Pulsar 200, KTM 200 Duke, Honda Hornet 2.0 dan sebagainya.

(Gambar menunjukkan Harley-Davidson X350.)

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.