Isu Terkini

Februari 2024

Berita Kelab / 10 September 2016

PengalamanKu Bersama Geng Klasik!

Aku dahulunya hanya melihat para penunggang jentera klasik bergerak di jalanan dengan cukup megah sekali. Selain motosikal mereka yang masih dijaga dengan cantik, cara brader-brader ni mengenakan pakaian yang segak dan berstail amat aku sukakan. Bak kata orang Singapura... Gerek seh!!

Harley Davidson lama yang masih cantik dan gagah.
Harley Davidson lama yang masih cantik dan gagah.

Terima kasih diucapkan buat En. Shukri atas kepercayaan beliau memberikan aku peluang untuk menunggang salah satu daripada koleksi klasiknya iaitu Triumph Thunder Bird 650cc yang dikeluarkan pada tahun 1951 lalu. Dengan jentera ini juga aku berkesempatan untuk berkonvoi dan mengikuti acara motosikal klasik iaitu Malaysian International Classic Bike Festival 2016 (MICBF 2016).

Selain daripada motosikal, cara pemakaian juga klasik turut memeriahkan acara.
Selain daripada motosikal, cara pemakaian juga klasik turut memeriahkan acara.

Acara hebat ini merupakan edisi ke-18 dan telah dianjurkan oleh Kelab Motosikal British dan Klasik Perak serta Place Of Remarkable Talent (PORT) pada 6 hingga 8 Mei lalu. Menurut Presiden Kelab, En. Ahmad Shukri Yahya, ia merupakan penganjuran kedua acara ini yang diadakan di negeri Perak.

Parkir khas disediakan untuk motosikal klasik.
Parkir khas disediakan untuk motosikal klasik.

Terus terang katakan, aku memang agak kekok ketika mula-mula nak pacu jentera ini kerana ia jauh berbeza dengan sebarang motosikal moden. Motosikal biasa selalunya dilengkapi dengan tuas brek kaki di sebelah kanan dan tuas gear di sebelah kiri tetapi mesin klasik British tunggangan aku ini mempunyai sistem yang berlainan. Tuas brek kakinya sebelah kiri manakala tuas gear pula di sebelah kanan. Haru-biru dan berpeluh juga aku dibuatnya tetapi selepas beberapa lama... barulah dapat menyesuaikan diri.

Sedapnya....
Sedapnya....

Jumaat (6 Mei 2016). Pagi-pagi lagi aku keluar dari bilik hotel untuk melihat ketibaan para penunggang ke Dataran Majlis Perbandaran Ipoh. Macam-macam bunyi beb... Sempat juga aku berkenalan dengan mereka. Antaranya ialah Hj Bahari, Presiden Persatuan Motosikal Klasik Melaka dan Uncle Koh Chew Hock, berumur 76 tahun yang menunggang BSA 350cc Gold Star 1955 dengan penuh bergaya.

Vintage & Classic Owners Club hadir memeriahkan acara.
Vintage & Classic Owners Club hadir memeriahkan acara.

Uncle Hock cukup ramah berkongsikan kisahnya bekerja di sebuah kedai motosikal di Bukit Cina, Melaka pada tahun 1960an. Menurutnya, ketika itu jentera keluaran British sememangnya terkenal dan dia mula belajar cara-cara untuk melakukan servis dengan tekun. Rupa-rupanya Uncle Hock masih terus melakukan pekerjaan yang sama hingga ke hari ini. Memang hebat...

Saudara Din dari Pattani, Thailand dengan BMW R60.
Saudara Din dari Pattani, Thailand dengan BMW R60.
En. Abbas Moideen dari Johor Bharu.
En. Abbas Moideen dari Johor Bharu.

Turut tiba tidak lama kemudian ialah Southern Classic Motorcycle Club dari Johor yang merupakan antara salah satu kelab yang paling ramai ahlinya. Konvoi mereka diketuai oleh Presiden Kelab iaitu En. Khalid Khan berserta 32 orang penunggang. Salah seorang ahli mereka bernama Abbas Bin Moideen berumur 42 tahun menunggang sebuah Triumph Speed Twin 1939 yang juga seorang OKU.

Sesiapa yang berminat dengan lukisan, turut disediakan.
Sesiapa yang berminat dengan lukisan, turut disediakan.

Kisahnya lebih kurang begini...Sewaktu berumur 10 tahun, beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal bersama ayahnya yang mengakibatkan tangan kirinya terpaksa dipotong. Walau pun hanya sebelah tangan, ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menyintai dan menunggang motosikal. Sejak tahun 2001 lalu Abbas mula berminat dengan motosikal klasik.

Yamaha RD250 yang masih cantik dan bersih seperti baru.
Yamaha RD250 yang masih cantik dan bersih seperti baru.

Memang seronok bila dapat berkumpul macam ni. Pusing kiri jumpa kawan lama... pusing kanan kenal member baru. Semuanya berbual mengenai hal dan cerita yang sama. Aku berkenalan dengan pasangan ayah dan anak atau bak kata orang putih Father & Son Hobby iaitu En. Azmi Arshad dan Mohd Aznool yang menunggang BSA M20 1940 dan BSA B40 1963.

Hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Volkswagon Beetle.
Hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Volkswagon Beetle.

Tidak ketinggalan juga para penunggang dari Keningau, Sabah iaitu En. David Liew dan rakan-rakannya yang hadir bersama Harley Davidson Fat Boy, Harley Davidson Soft Tail, Kawasaki VN1500 dan Kawasaki Voyager. Dari Sabah, mereka menghantar kesemua jentera ini ke pelabuhan Pulau Pinang dan memulakan perjalanan mereka dari situ ke Phuket sebelum berpatah balik ke Ipoh untuk MICBF 2016. Sambil mendengar mereka bercerita... aku tersenyum memikirkan semakin ramai orang dari Malaysia yang sudah mampu mengembara bermotosikal hingga ke seluruh dunia.

Jentera klasik sentiasa menarik perhatian.
Jentera klasik sentiasa menarik perhatian.

Di sini juga aku dapat bertemu kembali dengan beberapa orang rakan lama. Antaranya ialah tiga orang adik beradik iaitu Amin Rahim, Shamsul dan Akasyah yang mempunyai minat yang sama. 'Tiga Panglima' ini juga memiliki agak banyak motosikal klasik seperti Norton 350cc 1959, Triumph Tiger 100cc 1958, Norton 500, BSA M20 dan Royal Enfield Bullet 500.

Sesi bergambar di hadapan Kellie’s Castle.
Sesi bergambar di hadapan Kellie’s Castle.

Aku berlegar-legar di sekitar tapak acara untuk melihat dan berkunjung ke gerai jualan barang keperluan motosikal, pakaian keselamatan, alat ganti motosikal, topi keledar, kerangka motosikal klasik dan lain-lain. Malah ada juga di antara pengunjung yang membawa motosikal mereka untuk dijual di acara tahunan ini.

Saudara Azmi Arshad bersama anaknya.
Saudara Azmi Arshad bersama anaknya.

Semua geng motor di sini satu hati. Tidak ada langsung jurang perbezaan bangsa, agama dan latar belakang. Hang dan aku sama saja.... kita pencinta motosikal klasik!!

Sabtu (7hb Mei 2016). Selepas menikmati sarapan, kami memulakan perjalanan penuh bersemangat menuju ke Kellie's Castle untuk menikmati keunikan istana lama ini sambil makan tengahari. Cuaca yang cukup baik menceriakan para peserta konvoi.

Motosikal rosak, baiki sendiri.
Motosikal rosak, baiki sendiri.

Memang sesuai bawa motosikal klasik datang ke sini. Dengan kadar kelajuan yang santai dan tenang, aku bukan sahaja dapat mengawal jentera dengan lebih kemas tetapi juga dapat melihat keadaan persekitaran di kiri dan kanan dengan lebih baik.

Masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dan berselfie dengan berbagai jenis gaya. Ada yang tersandar di atas motosikal, ada yang tersengih, ada yang cukup garang dengan misai-misai tebal dan ramai juga yang buat gaya santai. Aku pun sama... nasib baik telefon atau kamera sekarang pakai memory card, kalau filem... entah dah berapa gulung kami tibai!

Penulis menunggang Triumph Thunder Bird 650.
Penulis menunggang Triumph Thunder Bird 650.

Program di sebelah petang lebih meriah dengan acara-acara menarik yang disediakan. Antaranya ialah pertandingan motosikal tercantik, menunggang motosikal dengan paling perlahan dan pertandingan menghidupkan motosikal lama (gaya tendang) untuk para wanita.

Berkongsi dengan rakan baru.
Berkongsi dengan rakan baru.

Memang tercabar bila tak boleh nak tendang tuas penghidup ni. Aku tengok kakak di sebelah aku dah berdiri atas motor pun tapi enjin bukan setakat nak berderum, bunyi 'klak' pun tak ada. Memang payah... aku pun cuba. Alahai.... susahnya! Suasana riuh rendah dengan bunyi ketawa dan sorakan tambah-tambah pula ketika kami berusaha keras. Macam sukan kat sekolah pula!

Peserta dari Johor bergambar kenangan.
Peserta dari Johor bergambar kenangan.

Banyak tenaga aku dah guna petang tu dan perut pun semakin lapar. Majlis makan malam ternyata cukup istimewa dengan kehadiran tetamu VVIP, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Biasalah... tak lengkap sesebuah acara itu jika tidak diselitkan dengan acara cabutan bertuah. Hadiah utama kali ini memang special, ia berupa sebuah kereta Volkswagen Beetle 1966 telah dimenangi oleh En. Mohd Shaiful b Abd Fatah. Pelbagai hadiah lain tajaan PORT turut diberikan mengikut kategori seperti kategori AJS & Matchless (En. Aaron Ngei), Rider OKU (En. Abbas Moideen), Rider Paling Tua (Uncle Koh Chew Hock) dan Group Paling Ramai (Southern Classic Bike Johor).

Pertandingan menghidupkan motosikal klasik, khas untuk pengunjung wanita.
Pertandingan menghidupkan motosikal klasik, khas untuk pengunjung wanita.
Peserta dari Thailand dan Kelantan.
Peserta dari Thailand dan Kelantan.

Terdapat juga Anugerah Khas yang diberikan kepada En. Mohd Shahrul Zaini yang menunggang Triumph C110 1956 dari Malaysia ke London mengambil masa selama empat bulan dan juga kepada En. Hamzah Sulaiman (Kawasaki KLR) dan En. Nordin (Yamaha Tenere) yang menunggang ke Turki. Ini yang membakar semangat aku untuk teruskan minat dalam pengembaraan bermotosikal.

Majlis pada malam itu ditutupi dengan pemilihan negeri yang akan menjadi tuan rumah acara MICBF untuk tahun 2017 yang akhirnya dimiliki oleh Kelab dari Banting. Maka... kita tunggu sajalah penganjuran seterusnya! RR

- NZ York

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Artikel berkaitan

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Otai Royal Enfield Malaysia Jelajah Pulau Pangkor

Otai Riders Anjur Konvoi Ke Kedah & Perlis

Disyorkan untuk anda

Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

Seorang penyelia syarikat penghantaran maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar beberapa ekor babi hutan yang bergelimpangan mati di tengah jalan dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Ulu Bendul di sini awal pagi Jumaat.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha MT-15

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan kehadiran model MT-15 ini dengan warna serba baru iaitu Midnight Black dan Midnight Cyan.

Dari Litar

SS600: Azroy Hakeem Bangkit Raih Kemenangan

Pelumba dari pasukan IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar meraih kemenangan di tempat pertama.

Model Baru

Suzuki Malaysia Perkenalkan Skuter Baru, Avenis & Burgman Street EX

Suzuki Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan dua model terbaru mereka iaitu Avenis dan Burgman Street EX.